Wednesday 13 March 2013

Puyu Kg Bukit Hijau

Lokasi memancing kali ini adalah berdekatan dengan Puncak Alam iaitu Kg Bukit Hijau, Ijok. Jalan pintas dari Puncak Alam ke Pekan Sg Buloh yang akan melalui Kg Bukit Hijau. Selalunya terdapat ramai kaki pancing yang memancing di sepanjang parit Kg Bukit Hijau hingga ke Kg Bukit Kuching.

Target kali ini ialah ikan puyu. Berbekalkan joran teleskopik, tangsi 15lb sepanjang sehasta, mata kail udang size 4 dan berumpankan cacing. Aku cuba merasa tarikan rakus si puyu. Port yang dituju adalah berdekatan dengan pembentung. Banyak puyu yang bermain di situ. Cuma disini banyak rumput yang akan menghalang sentapan joran yang akan menggagalkan puyu dari didaratkan.

 Hasil tangkapan kali ini

 Rimbunan rumput dalam parit membantu puyu melepaskan diri. 

Besar aku siang untuk dimasak, kecik aku simpan untuk dipelihara. 

Port ini sesuai untuk melepaskan gian merasa tarikan ikan.


Hari ini 5/4/13, balik dari sekolah, aku terus ke port mancing. Target hari ini adalah ikan haruan. Dengan berumpankan cacing beli, 3 batang joran, aku cuba menduga penghuni dasar. Aku juga cuba 'casting'. Dah lama tidak menerima sambaran ganas haruan menghentam gewang. Tapi masih gagal, nampaknya joran berumpan lebih mendapat sambutan. 
  
 Setelah dibedah siasat. Inilah hasilnya. Haruan ini telah makan anak puyu terlebih dahulu sebelum merembat umpanku.


 Sebelah sini, depan muka pembentung.


 Haruan ini seperti menyerah diri, muncul berdekatan tebing. Aku suakan joran teleskopik dengan mata udang dirembatnya.


 Haruan yang didaratkan dengan joran hijau, 3 cincin jer.

  Port serangan hendap si haruan.

Parit tepi jalan yang menghubungkan Kg Bukit Hijau dengan Puncak Alam.

No comments:

Post a Comment