Monday 18 February 2013

Pertandingan Memancing Pantai Sg Lang

Pada hari Ahad, 17 Februari lalu, satu pertandingan memancing pantai telah diadakan di Pantai Sg Lang, Sabak Bernam. Lokasi ini berdekatan dengan Politeknik Sultan Idris, Sabak Bernam. Pertandingan ini anjuran WakJali Event dengan yuran RM100. Hadiah bagi juara RM30k, kedua 10k, ketiga 5k, hadiah sehingga tempat 60. Hadiah semua kira-kira RM 61 100.

Acara ini berjaya menarik ramai kaki pancing untuk menduga penghuni dasar Sg Lang. Secara tidak langsung acara ini boleh mempromosi Sabak Bernam sebagai destinasi memancing disamping dapat meningkatkan ekonomi penduduk tempatan.

Memang hajat dihati ingin menyertai pertandingan ini tetapi ilmu belum cukup lagi ibarat kata pepatah kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Saya telah berkesempatan untuk meninjau suasana pertandingan tersebut. Sangat meriah...kereta parking kiri kanan jalan..deretan kaki pancing memenuhi pantai ,siap bawa anak isteri dan siap berkhemah lagi.

Nanti bila berkesempatan, saya akan mencuba menduga penghuni pantai ini. Buat masa sekarang, saya hanya meneroka parit2 di sekitar Sabak Bernam sahaja. Bila ilmu sudah penuh didada baru saya cuba pertandingan seperti ini. Majulah Sukan Memancing Negara!

 Kaki Pancing memancing dari binaan pemencah ombak

Deretan kereta diparking bukti sambutan terhadap acara ini.

Khemah didirikan untuk berteduh dari terik mentari.

*Acara ini ada diwar-warkan dalam sisipan Joran BH, Jumaat 15 Feb.*

No comments:

Post a Comment