Monday 25 February 2013

Bercuti di Tok Bali, Pasir Puteh

Sempena cuti Tahun Baru Cina, kami sekeluarga telah berpeluang bercuti di Tok Bali, Pasir Puteh. Kami telah menginap di Dee Wana Resort, Kg Dalam Rhu. Bila berkumpul semua ahli keluarga kami pasti meriah.
Geng Pemburu Ikan juga berkumpul dan telah merancang beberapa komplot untuk menawan penghuni dasar Tok Bali.

Mula2 pada sebelah petang, kami mencuba pancingan pantai di persisiran Pantai Bisikan Bayu, di hadapan Dee Wana resort. Berumpankan udang, sotong dan hirisan isi ikan kembung. Walau bagaimanapun angin terlalu kuat, set pancing kami tak mampu untuk dilontar jauh ke tengah pantai. Menurut otai di situ, lagi jauh lontaran, lagi tinggi untuk ikan menjamah umpan.

Ini semua tidak mematahkan semangat kami, pada malamnya kami mencuba di kawasan jambatan Tok Bali. Banyak perambut kami berkubur di situ kerana tersangkut pada batu. Memang meriah suasana malam di situ, terdapat ramai kaki pancing mencuba nasib. Dari tebing, bawah jambatan malahan dari atas jambatan juga penuh kaki pancing.

Pada malam seterusnya, kami berpeluang memancing di jeti Tok Aman Resort. Di sinilah baru kami merasa sentapan ikan. Poksu, Geng Pemburu Ikan hampir mendaratkan spesis ikan besar tetapi hampa apabila perambutnya putus. Berdebar2 kami semua ketika itu.

Walaupun trip ini kurang berjaya, kami pasti akan kembali lagi ke Tok Bali. Tunggu!!!!

 Hadapan Dee Wana Resort.

Bangku disediakan di Dee Wana Restaurant untuk pengungjung menikmati angin petang.


Hadapan Tok Aman Bali. 

Jeti Tok Aman Bali. Boleh memancing secara santai bersama keluarga.
 Poknik Mat dengan gayanya ketika aktiviti pancing pantai di Pantai Bisikan Bayu,Kg Dalam Rhu.


Mana umpan?Mana hasil?Cuba teka.

Barisan senjata kami tetapi hasil tangkapan tidak seberapa. 

No comments:

Post a Comment