Tuesday 8 November 2016

Ikan Trofi Puncak Alam

Puncak Alam mempunyai banyak lopak air yang menjadi port mancing kaki pancing sekitarnya. Kawasan tersebut ialah berdekatan Econsave, tasik Puncak Bestari, sebelah Masjid Puncak Alam, Tasik Alam Suria dari roundabout Alam Suria hingga Ambang Suria. 

Spesis yang selalu dinaikan oleh kaki pancing ialah tilapia, keli, ketutu, haruan dan likoh. Likoh dianggap ikan trofi di Puncak Alam.

Telah lama saya mengidamkan tarikan si likoh ini tetapi belum ada rezeki. Walau bagai saya berkesempatan untuk melihat kaki pancing mendaratkan si trofi ini. Selepas berita kejayaan ini tersebar maka tasik sekitar Puncak Alam akan dipenuhi oleh kaki pancing untuk mencuba nasib. 

Si Likoh culas untuk memakan umpan menjadikan ianya mempunyai nilai tersendiri. Campuran dedak dengan pelbagai perisa digunakan untuk menjeratnya, perisa pisang, pandan, strawberi, cempedak, sawit dan pelbagai lagi dicuba untuk menjeratnya. 

Saya belum berkesempatan untuk mencungkil rahsia umpan kaki pancing yang berjaya mendaratkan si trofi ini. Misi memburu likoh tetap diteruskan dengan bereksperimen bancuhan dedak. 


Ikan Likoh Emas yang terdapat di Puncak Alam (sumber: Gambar Internet)

Inilah senyuman setelah mendaratkan trofi (sumber : fb)

Untuk mengetahui tips pancingan likoh, bolehlah layari blog http://topangler81.blogspot.my/2009/06/tips-memancing-leekoh.html

5 comments:

  1. En Ridzuan Anwar,biasa ke dpt ikan likoh besar cmtu..jual kt sy jika ada..😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak pernah dapat..itu ikan orang lain yang dapat....heheh

      Delete
    2. Ada dapat Ni,Besar 23 inci...tuan nak Tak?

      Delete
  2. Pada sekitar 6 tahun lepas saya ada lepas kn ikan mcm tu di kolam alam suria..rasanya hampir belas2 ekor sbb dh xsangup nk bela lagi malas nk cuci n tukar air selalu...agaknya besar tu kalo ikan tu masih hidup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq tuan,harap ikan likoh tu sempat beranak pinak dengan baik

      Delete