Friday 21 October 2016

KERJAYA MEMANCING

Hobi sebagai kerjaya
Alangkah beruntungnya jika hobi kita menjadi kerjaya. Tentu komitmen 200% diberikan kepada kerjaya tersebut. Cuba bayangkan hobi memancing adalah kerjaya kita untuk mencari rezeki. Tentu kita adalah pekerja cemerlang.

Sebenarnya diluar sana telah ramai individu yang menjadikan hobi memancing sebagai kerjaya mereka tidak kira dalam atau luar negara. Sebagai contoh Nasir Kebaboom, pengacara Jelajah Joran dan Jakub vagner, pengacara Fish Warriors dan ramai lagi.

Fokus kita ialah kerjaya dalam dunia memancing. Kerjaya secara umumnya terbahagi kepada 2 iaitu, bekerja sendiri dan makan gaji. Kerjaya memancing juga akan cuba dikupas kepada 2 bahagian tersebut.

Bekerja sendiri
Jika kita berminat bekerja sendiri, kita boleh menjadi pemancing pro, mengusahakan kolam pancing, membuka kedai peralatan dan umpan memancing disamping menjual produk secara atas talian.

Pemancing pro selalunya akan menyertai pertandingan memancing sama ada air tawar atau air masin. Hadiah yang ditawarkan sangat lumayan tetapi ilmu mesti penuh didada, ibarat kata pepatah, jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Sekarang pertandingan memancing boleh dikatakan sebagai industri kerana melibatkan banyak pihak, kerajaan, swasta mahupun orang perseorangan. Banyak industri hiliran yang tumbuh seiring dengan pertandingan ini. Syarikat-syarikat berlumba-lumba untuk menaja pertandingan ini. Jika tidak mampu menyertai pertandingan yang besar, boleh mencuba yang kecil-kecil dahulu. Ataupun pemancing pro boleh menduga kolam-kolam yang menjanjikan jackport yang boleh dijadikan pendapatan lumayan. Jackport halal atau haram, bukan kepakaran penulis untuk kupaskan.

Pemancing yang berminat dengan perniagaan boleh mengusahakan kolam berbayar.Sambil menyelam minum air. Tika menerima kunjungan kaki pancing, pengusaha boleh melepaskan gian sekali sekala. Pemancing juga boleh membuka kedai peralatan dan umpan memancing disamping menjual produk secara atas talian. Boleh bermula dengan kecil-kecil, memang banyak dugaan dan cabaran dalam dunia perniagaan. Semuanya terpulang kepada individu itu sendiri. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Makan Gaji
Untuk memilih kerjaya yang makan gaji, pemancing boleh cuba untuk menjadi Editor atau penulis majalah seperti majalah Pancing, Umpan, Sirip dan sebagainya. Jadikan Faiz Karim, Editor Pancing atau Hasrizal, Editor Umpan sebagai idola. Tentu seronok jika dapat tugasan untuk trip memancing. Sambil layan hobi, sambil bekerja. Ataupun boleh juga menjadi penulis sambilan, tentu masyuk tiap kali artikel kita diterbitkan dalam majalah tersebut.
Disamping itu kaki pancing juga boleh memohon untuk menjadi penguji produk alatan memancing seperti kekili, rod, gewang ataupun dedak. Rasanya bidang ini belum diteroka sepenuhnya oleh kaki pancing.

Malahan kaki pancing juga boleh mencuba sebagai pemandu pelancong/tekong bot untuk membawa kaki pancing ke lubuk-lubuk. Kita pun boleh tumpang sekaki dengan mereka. Selain itu boleh juga mengusahakan chalet yang menawarkan pakej memancing. Boleh dibina di tepi pantai mahupan di tepi sungai.

Ternyata memang luas kerjaya dalam dunia memancing. Bidang ini dijangka akan terus berkembang dengan pesat. Jangan malu jika anda mempunyai hobi memancing, gali dan terokalah dimana kelebihan anda. Siapa sangka anda mungkin sebaris dengan ikon-ikon dunia memancing seperti Nasir Kebaboom, Lan Lubuk A1 ataupun Jakub vagner mahupun Zeb Hogan

Bila  bersara
Bagi penulis pun memasang impian setelah bersara sebagai pendidik nanti, ingin memiliki kedai alatan mancing, kolam pancing. Jika ada rezeki, memang ada angan-angan untuk menjadi selebriti seperti idolaku, Nasir Kebaboom. Tak salahkan jika berangan kerana setiap cita-cita bermula dari angan-angan.


PANCING MESTI TERUS….
 Johny Wade, Monster Fish

 Jacob vagner, Fish Warriors. 

RockBand, Lumut. Chalet menawarkan pakej memancing.
Bersama idola kami,Nasir kebabooom...

Bersama En Hasrizal,editor masalah umpan.

Dapat usahakan kolam seperti kolam seksyen 24, pasti luas hari,berbaloi2....

6 comments:

  1. Betul tu dari hobi menjadi punca rezeki nak banding dgn Johnny wade jauhla,tapi kita buat kecikx jer kat langkawi

    ReplyDelete
  2. Jom sertai kami di kilimadventure.com boleh menyusuri sungai dengan flora bakau mengelilingi pulau²kecil sekitar

    ReplyDelete
  3. Terbaik cadangan macam org selalu cakap dari hobi jadi pendapatan, jadi pada sahabatx yg berminat nak tour mangrove kat langkawi boleh servey kat sini yer https://kilimadventure.com/#
    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah tuan, jika ada rezeki boleh kita jumpa, try lubuk di langkawi

      Delete