Wednesday 12 October 2016

santai di wetland

Pusat Rekreasi Air Wetland,Present 13,Putrajaya memang tidak asing lagi dikalangan kaki lancing Lembah Klang.
Dengan bayaran RM21.20 per joran,Dari jam 7pg -7mlm,memang harga yang berbaloi.
Spesis yang menjadi buruan di sini ialah temoleh,tenggalan,kaloi,baung,sebarau,toman,lampan Dan banyak lagi.
Kemudahan yang disediakan ialah kawasan parking kereta,pondok,surau,tandas Dan kantin.Memang sesuai dijadikan port santai sambil beriadah bersama keluarga.
Umpan yang selalu digunakan ialah dedak,kelapa sawit,isi udang,roti Dan apa sahaja yang difikirkan boleh menjerat si penghuni tasik boleh dicuba di sini.
Banyak maklumat boleh diperolehi di FB Kaki pancing wetland. Bolehlah like FB tersebut untuk dapatkan info terkini.
Kami geng pemburu ikan berkesempatan berkomplot di wetland baru-baru ini.Tanpa perancangan yang rapi kami terjah.Hanya berbekalkan perambut terpakai dan lebihan dedak yang Ada kami Cuba menjerat so penghuni tasik.Hanya lampan yang sudi meragut umpan kami.Walau bagaimanapun adikku,Adam sempat melihat aksi kaki pancing mendaratkan ikan trofi di sini,si temoleh.Dari risikan Adam,umpan yang digunakan adalah sawit peram.
Kami janji akan datang lagi ke sini.Wetland,mung tunggu kami datang.....




No comments:

Post a Comment