Saturday, 4 January 2014

Kami Geng

Sedar tak sedar, sudah setahun berlalu. Ini bermakna usia blog ini juga setahun.Baru setahun jagung. Di harap pengunjung terus memberi sokongan kepada blog ini.

Tahun 2013 telah meninggalkan kita dengan seribu catatan pahit manis.Tahun 2014 pula menunggu dengan harapan segala kelemahan dan kekurangan dapat dibaiki. Kita hanya insan yang memainkan peranan di atas duniaNya.

Post kali ini saya ingin memperkenalkan setiap ahli Geng Pemburu Ikan. Sebelum ini mungkin kami tidak kenal antara satu sama lain tetapi hobi yang hanyir ini telah menyatukan kami. Kami boleh geng kerana kami adalah sama, kami adalah Pemburu Ikan.

Diharap tahun 2014 ini, lebih banyak komplot dapat dirancang dengan hasil yang lebih lumayan. Satu hobi, Satu Geng. Pancing mesti terus...

 Adam, target ikan tengas.

 Due, budak baru belajar.

 Edy, terjah empangan cari lampam.

 Mamat, penjinak siakap.

 Shahrul, tilapia tetap pujaannya.

 Syawal, cuba kolam air masin pula.

Udin, meneroka port mancing baru.

Dan seterusnya ini adalah otai yang sudi menurunkan ilmu menurut kepakaran masing - masing. Terima kasih diucapkan kepada mereka atas ilmu yang diturunkan."Ilmu jika disampaikan tidak akan berkurangan"

 Adi, otai pacu.

 Abg Fazil, otai rohu.

 Mijie, otai udang kara.

Zul, otai patin.

Kami lah geng, geng bas sekolah...hehehe...Kami lah geng, geng pemburu ikan.

No comments:

Post a Comment