Saturday, 18 January 2014

Jambatan Kuala Selangor

Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Sempena cuti maulidur, aku, Syawal dan Zul telah merancang untuk cuba mendaratkan si sepit biru, udang galah.

Hujan yang turun tidak dapat mematahkan semangat kami bertiga untuk menerjah port si jenggo.Syawal dari Shah Alam, sampai di rumahku kira - kira jam 10 malam, hujan masih rintik - rintik. Kami berdua terus ke rumah Zul di Fasa 3, Puncak Alam.

Kami bergerak ke port pertama, Jeti Kg Sepakat, disebabkan malam dan suasana gelap, Zul gagal mencari simpang yang patut kami masuk untuk ke Jeti Kg Sepakat. Kami terus ke Jeti Pasir Penambang.

Kami sampai di Jeti Pasir Penambang kira -kira pukul 11.30 mlm, kami kecewa kerana air surut. Kami bertanya kepada seorang pemuda India yang kebetulan ada di jeti tersebut. "Air pasang pukul berapa?,sapa Zul. Pemuda India tersebut melihat jam sejenak, "Agak -agak air pasang pukul 12 lebih".

Mendengar jawapannya, hati kami kembali berbunga.Kami terus menyiapkan joran masing-masing. Harapan kami adalah untuk mendaratkan si sepit biru.

Akhirnya kami labuhkan joran masing - masing. Arus air sangat deras. Banyak sampah yang hanyut. Beberapa kali joran kami melentur, setelah dikarau, sampah yang terlekat di hujung joran. Tiba - tiba joranku pula melentur, dalam hatiku, mesti sampah lagi. Setelah dikarau, mangsa menyerah diri tanpa melawan, anak ikan lundu berjaya aku daratkan. Anak ikan lundu ini aku lepaskan kembali.

Kami terus memancing sehingga pukul 3 pagi, tanpa sebarang hasil. Kecewa kami. Akhirnya Zul mencadangkan supaya kami berpindah dan mencuba nasib di atas Jambatan Kuala Selangor. Tadi ketika dalam perjalanan kami ke Jeti Pasir Penambang, kami melihat ada beberapa kami pancing memancing di atas jambatan tersebut.

Setelah kereta diparkir di hadapan Pejabat TNB, kami menapak ke jambatan tersebut. Tidak sampai 5 minit, joran Syawal disentap rakus. Kami masing -masing berharap supaya si sepit biru terjerat, setelah didaratkan ternyata bukan sepit biru, ikan duri spesis belukang. Belukang pun jadilah, janji tak kumpau.

Selepas itu kami silih berganti mendaratkan si belukang. Ada juga yang sudi melayan kami di pagi hari. Kami memancing sampai pukul 4 pagi. Dalam masa sejam kami berjaya mendaratkan 11 ekor belukang dan seekor anak senangin.

Inilah komplot pertama aku dan Syawal bersama Zul. Ternyata Zul boleh dianggap otai kerana tahu di mana port yang boleh memancing di sekitar Kuala Selangor ini. Kami pasti akan berkomplot lagi dengan target utama adalah si sepit biru. SEPIT BIRU, kami datang...

 Port pertama, Jeti Pasir Penambang.

 Zul buat unggu api untuk halau nyamuk.

 Lepak kedai mamak, lepas mancing tengok Arsenal lwn Aston Villa.

 Port kedua, atas Jambatan Kuala Selangor.

"Mana hasilnya, Awal?"

 Otai kita, Zul.

 Baik punya setting.

 Inilah spesis yang sudi melayan kami.

 Ngantuk dah wei...

 Inilah barisan senjata kami.

 Kaki pancing di sebelah menghala Tg Karang.

 Ramai gak kaki pancing duk atas pelantar nie...

 Bapak dan anak yang turut sama memancing.

Inilah barisan hasil komplot kami.

4 comments:

  1. bestnya tgk demo ngail we..rasa gian plk nak gian ni tp msa blum ada lagi..huhuhu
    teruskan usaha utk mendapatkan si jenggo..

    ReplyDelete
  2. Jom mancing sepit biru bestari jaya..

    ReplyDelete