Thursday, 14 November 2013

Udang Kara

Tarmizi, otai udang kara dari Seremban, sekali lagi mengganas di Lake Garden. Dengan gumpalan dedak yang dikepal pada spring jaring, dia berjaya menjerat beberapa udang kara yang agak besar.

Menurutnya, udang galak menjamah umpan pada waktu malam berbanding siang hari. Walau bagaimanapun stok udang di tasik tersebut semakin berkurangan kerana pertambahan kaki pancing yang menerjah tasik tersebut.

Baru baru ini rod Barkley miliknya patah riuk dikerjakan oleh penghuni dasar tasik tersebut. Dipercayai spesis pacu liar berskala lebih 5kg.

Tasik Lake Garden, Seremban semakin popular dikalangan kaki pancing sekitar Seremban. "Tiap - tiap malam tasik tersebut dipenuhi kaki pancing seperti pesta la pulak", bicara Tarmizi dengan penuh semangat kepadaku, untuk mengumpan kami, geng Pemburu Ikan ke tasik tersebut. Hajat di hati, memang ingin kami terjah, tetapi apakan daya, jarak mengatasinya.

Lake Garden, Seremban, tunggu kami....

 Inilah hasil berjaga malam.


 Tengok sepit, biru.


Inilah barisan kita...

No comments:

Post a Comment