Thursday, 28 November 2013

3 Tasik

Cuti sekolah telah tiba, musim tengkujuh juga tiba. Bagi kaki pancing inilah masa yang ditunggu-tunggu untuk menerjah port mancing. Walau bagaimanapun keselamatan harus diutamakan.

Bertarikh 22 November, hari Jumaat, kami Geng Pemburu ikan telah merancang komplot terbesar bagi tahun ini. Komplot kali ini diwakili oleh aku, Mizi, Sahrul , Edy dan 2 orang anaknya, Yusof dan Hakim.

Jam 10 pg kami sampai di tasik yang pertama. iaitu Tasik Puchong (D' Island), berbekalkan umpan cacing dan dedak. Kelihatan juga beberapa kumpulan kaki pancing di tebing tasik yang amat luas ini. Tasik ini boleh dilihat dari highway SKVE. Namun ada rentangan jaring yang dipasang dari tebing ke tengah, sedikit menggangu kami. "Rezeki masing-masing," itulah pesan Mizi yang kami selalu ingat.

Kami memancing di kawasan yang sama, berdekatan sangkar. Sedang kami seronok memancing, tiba-tiba hujan lebat. Basah kuyup kami. Hujan berhenti kami terus memancing, "lepas hujan mesti ikan makan selalunya,"kataku kepada Sahrul untuk menyedapkan hati masing - masing kerana hampir 2 jam kami di situ tanpa hasil.

Kata-kataku diakui oleh Mizi setalah dia berjaya mendaratkan seekor tilapia. Selepas itu Sahrul juga berjaya mendaratkan tilapia. Kami berhenti memancing jam 12.30 thr, kami bergegas masjid di Putra Perdana untuk bersama jemaah menunaikan Solat Jumaat.

Selepas makan di kedai berdekatan masjid tadi, kami ke tasik kedua, tasik di hadapan masjid. Kelihatan air naik dan melimpahi tebing tempat biasa kami melabuhkan joran. Dengan kawasan yang terhad, kami tetap melabuhkan joran masing - masing dengan harapan dapat mendaratkan banyak tilapia kerana pada trip sebelum ini kami berhasil.

Jam hampir menunjukkan pukul 5 ptg, kami tidak berjaya mendapatkan sebarang hasil. "Langgar tali pun tidak, macam mana ni?"tanya Mizi kepadaku.

Akhirnya Mizi mengajak kami ke tasik seterusnya, iaitu Tasik Prima. Sampainya kami di tasik, kami di sambut oleh sekumpulan Red Monk yang bermain di tepi tebing berdekatan jeti bot. Aku terus menabur dedak dan roti sebagai rasuah kepada kumpulan ikan tersebut. Ternaya Red Monk sudi menjamah dedak itu. Melihat situasi tersebut, Edy bergegas mendapatkan jalanya. Mizi meminta untuk menebar jala tersebut. Sekali tebar, 2-3 ekor Red Monk terperangkap. Edy juga ingin menunjukkan skil menebarnya. Dia juga berjaya memerangkap Red Monk.

Akhirnya kami pulang dengan 12 ekor Red Monk, 3 ekor tilapia hitam dan seekor anak peacock bass.  3 tasik, Tasik  D'Island, Tasik Putra Perdana dan Tasik Prima.

Komplot Mesti Terus....

 Aku kecewa di Tasik Putra Perdana.

 Aku kecewa di Tasik D'Island

 Anak Peacock Bass.

 Red Monk, cantik diletak dalam akuarium..

 Edy (baju merah), Shahrul (biru) dan Yusof sedang setting senjata masing -masing.

 Shahrul duk cari port yang sesuai.

 Tilapia hitam, tak cantik tapi dimakan sodapppp...

 Inilah barisan senjata Edy.

 Di pelantar bot, Tasik Prima.

 Mizi menunjukkan skill menjalanya.

 Red Monk Tasik Prima kini di dalam akuarium Edy.

Senjata sulit kami, jala...hahaha...

11 comments:

  1. Terbaik tuan. Terima kasih sbb share report trip 3 lombong. Lombong pandan perdana je sy blum pergi. Sy nak tanya, lombong d island tu, guna dedak aper yer tuan...

    ReplyDelete
  2. dedak bomb 286,kdg2 929..macam2 kami guna..kdg2 kami gaul bersama tempoyak..kdg2 menjadi,kdg2 kumpaw...lombong pandan perdana boleh mancing?bila boleh sm2 komplot?

    ReplyDelete
  3. Salam to semua. Saya baru sahaja kumpaw di Tasik Putra Perdana yg bersebelahan dgn Lebuhraya ELITE arah selatan. Hasil sama seperti petang semlm iaitu ikan Kepar, lampam, seluang dan tilapia. Hasil kumpau dua hari ni melebihi 30 ekor. Dgn dua joran. Syukur dgn rezeki kurniaan tuhan.

    ReplyDelete
  4. Tian, tu bukan Tilapia hitam. Hehe.. Tu anak beranak flowerhorn. Ada ciri2 utama dia, belang hitam badan kekuningan, sirip ekor bentuk lain, n paling ketara bintik di ekor nya

    ReplyDelete
  5. Putra perdana tu hujan lebat bru ikn
    Mkn

    ReplyDelete
  6. lepas hujan terus mancing atau sehari kemudian bro?

    ReplyDelete
  7. Putra perdana Biasanya lepas hujan lebat.. umpan paling berkesan, cengkerik utk keli n jaguar fish n red monk, dedak 6363 utk lampam dan leekoh, cacing untuk keli dan talapia dan Mayan chiclid.. cuba la.. saya baru daratkan bapak talapia pakai cacing 1.2kg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq...day lama sy take me putra perdana,geng2 semua day pindah

      Delete
  8. Td baru lps dr tasik prima udahnya membangau selama 3 jam balik dlm perasaan x puas hati je. Dkt tasik tu mana tempat cun nak port mancing ye jenuh kami memusing satu tasik nak cr tempat punya pasal

    ReplyDelete
  9. dulu saya pun tak berapa berhasil dekat tasik prima, tapi selalu gak baca dorg main casting atas bot...kami lagi suka d island tapi panas la sket...sekarang dah lama tak ke area tu..dah pindah n dah tak ada geng

    ReplyDelete