Wednesday 4 September 2013

Cikgu berkomplot lagi

Pada 30 Ogos yang lepas, kami geng pemburu ikan sekali lagi berpeluang untuk berkomplot. Komplot kali ini diketuai oleh Shahrul dan di ikuti oleh Tarmizi dan aku. Selepas sembahyang Jumaat di Masjid Terapung Puchong Perdana, kami bergerak menuju ke lokasi iaitu Taman Tasik Puchong.

Target kami kali ini adalah si tilapia saiz A4. Setelah menyediakan bancuhan dedak kami melabuhkan joran masing2. Aku menyediakan dedak bancuhan berperisa pisang manakala Tarmizi bancuhan bersama tempoyak. Bancuhan dedak adalah cara kaki pancing bereksperimen untuk mendapatkan kombinasi terbaik bagi menjerat penghuni dasar.

Kami melabuhkan joran bermula kira2 pukul 3 ptg, pada awalnya hanya si anak tilapia sahaja yang sudi menjamah umpan kami. Masa terus berlalu, target kami belum kunjung tiba, Tilapia A4.Akhirnya kira2 pukul 5 petang, joran Shahrul ditarik rakus oleh si ikan. Shahrul dengan berhati2 mengarau tali, akhirnya kelihatan si tilapia hitam tersangkut pada jaring jorannya.

Tercabar rasaku dek aksi Shahrul tadi, aku terus menyediakan bancuhan dedak yang baru. Dedak kali ini berperisa pisang dan ditambah vanila. Aku labuhkan joranku dengan harapan mendapat sambutan.Usahaku berhasil apabila ada ikan yang sudi menjamah umpan. Akhirnya aku juga berjaya mendaratkan tilapia hitam.

Walaupun kami gagal mendaratkan tilapia A4 pada trip kali ini, kami tetap berpuas hati dengan saiz agak kasar 2 ekor tilapia tersebut. Kami masih bertuah kerana dapat melihat seorang Uncle berjaya mendarat tilapia A4, membuktikan masih ada tilapia tersebut di dalam perut tasik. Ada kaki pancing yang dikenali sebagai Mat Kedah, berjaya mendaratkan berpuluh ekor ikan lampam pelbagai saiz. Aku pernah bertanya kepadanya, umpan bacuhan dengan tepung dan kunyit adalah kombinasi untuk menjerat si lampam.

Akhirnya kami telah bersepakat akan kembali lagi ke tasik ini tetapi target seterusnya adalah si lampam.

Mancing, mancing juga tetapi tuntutan agama jangan diabaikan, tanggungjawab pada keluarga jangan dilupakan. Majulah memancing untuk negara!!!

 Ni hasil trip sebelum ni.

 Ni pulak hasil tasik depan rumah jer.

 Ni lah tasik depan umah tu.

 Senjataku yang berjaya menumpaskan 2 ekor sekaligus.

 Hasil beberapa hari, tasik depan umah.

 Makcik kantin masakkan tilapia bersambal. 

 Ni lah hasil trip kali ini. Botol 100plus 500ml tu untuk bandingkan saiz tilapia.

 Shahrul menunjukkan isyarat dua untuk hasil yang kedua kami.

 Uncle belakang tu lah yang berjaya mendaratkan tilapia A4.

 Hasil yang dibawa balik, 3 ekor,yang kecik dilepaskan.Dah besar nanti kami tangkap balik.

 Best ooo...
Shahrul senyum lebar. Hasil terbesar dalam kariernya.

11 comments:

  1. Bro,

    Port ni masuk area mana? Ikut Jalan Puchong nak ke Tmn Putra Perdana ke?

    ReplyDelete
  2. Yap..dekat ngn D'Island tu..tasik dia besar sgt...mai lah bro
    '

    ReplyDelete
  3. Nampak dah tasik tapi nak masuk ke area tebing ni ikut simpang mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu dari jln Puchong, lepas simpang 3, lepas Shell, lepas trafic light d'island, depan lagi ada trafic ligt, ada gaurd bawah payung, masuk ikut situ

      Delete
    2. Oo..pak guard yg ada payung ye, ok ok. Terima kasih!

      Delete
  4. bila tu?roger2 r..boleh komplot sm2

    ReplyDelete
  5. bro, bagi map blehh..???

    ReplyDelete
  6. amik LDP, lalu depan IOI mall,terus lg,lalu dpn traktor, terus lagi, ikut signbord pusat kesihatan bt 14, amik kiri exit hway, trafik light,amik kanan, terus ikut signbord bukit puchong, terus sapa jumpa Putra Perdana, ada shell, dah bleh nampak tasik besar belah kanan...

    ReplyDelete
  7. 3 minggu lepas pernah dpt ikan Ubi....gian mula terasa balik ni nak pegi sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami pun dh lama tak ke D island..tq sudi melawat blog sy yg tak seberapa ni

      Delete