Wednesday 5 June 2013

Trip Pacu kali ke 2

Pada 2hb Jun yang lalu aku bersama Awal telah sekali lagi menerjah Kolam Pancing D'Felda di Felda Bukit Cerakah untuk memburu Pacu. Kami tiba di kolam pada pukul 11 pg. Berbekalkan umpan cacing yang lebih dari trip sebelum ini. Kami nekad untuk menduga si Pacu. Disebabkan hari itu adalah hari Ahad, kedai umpan tutup. Jadi tak dapatlah kami persembahkan umpan segar kepada pacu.

Walaubagaimanapun, tidak sampai 5 minit, joranku melentur menandakan umpan telah diragut penghuni dasar. Gulung punya gulung, akhirnya kelihatanlah kelibat pacu yang agak besar. Berbunga hatiku, tetapi sayang akhirnya perambut 30lb putus dikerjakan pacu.

Aksi pacu tadi membuatkan kami terus bersemangat. Balingan demi balingan dipersembahkan tetapi pacu sahaja yang kurang berselera dengan umpan kami. Di hadapan kami, kelihatan seorang pakcik tidak henti2 menaikkan pacu, sehingga ada kaki pancing yang berseloroh. "Habis la ikan nanti". Aksi pakcik tadi membuatkan kami bertambah panas.

Pada hari itu juga kami berkesempatan melihat aksi kaki pancing mendaratkan rohu dan patin. Aku telah berkesempatan untuk menanya taukeh kolam, umpan untuk rohu. Beliau yang berkesempatan juga memancing dan berjaya mendaratkan beberapa ekor rohu telah memberitahu kami untuk menjerat rohu mesti menggunakan mata bom, dedak dikepal pada spring dan roti disangkut pada mata kail.

Kami yang baru berjinak dengan kolam berbayar, tidak yakin untuk menyediakan dedak untuk memancing kerana cetek ilmu. Kami takut untuk mencuba.

 Awal dengan pacu pertamanya.

 Pacu sebesar  kira-kira 2 tapak tangan. 

 Port kami kali ini, berdekatan dengan kincir air. 

 Keputusannya. Awal 2 - Aku 1. Aku kalah di tempat sendiri. 

Port Astaka yang telah dipenuhi oleh kaki pancing. 

Trip kali ini kurang berhasil mungkin kerana:
1) umpan tidak segar
2) port kurang menjadi. (Dari pemerhatian aku bersama puteriku pada trip terdahulu, port astaka dengan port pondok kecil tepi ladang sawit adalah port lumayan)


No comments:

Post a Comment