Friday 21 June 2013

Terjah Empangan Batu

Pada 17-19 Jun yang lalu aku telah ke Empangan Batu, Ulu Yam. Sebenarnya aku ke sini adalah atas tugas rasmi sebagai AJK Aktiviti Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Negeri Selangor. Sambil menyelam minum airlah,setiap kali ada peluang aku pasti akan ke Empangan Batu untuk menduga penghuni dasarnya.

Pada hari pertama, Isnin, 17 Jun kira-kira jam 4 petang setelah selesai tugas, aku bersama Shahrul telah berkomplot untuk menawan ikan empangan tersebut. Berbekalkan umpan cacing dan cengkerik, kami melabuhkan joran masing2. Setelah menunggu hampir sejam, umpan kami tidak diusik ikan. Shahrul mula menukar strategi setelah melihat kelibat anak ikan bermain di tepi tebing empangan. Berbekalkan rod teleskopik dan mata udang, Shahru berjaya mendaratkan ikan tiger (ikan hiasan yang ada belang2). Melihat gelagat Shahrul dengan rod teleskopik mendaratkan anak ikan , aku pun teruja dan turut mengubah strategik. Akhirnya kami berjaya mendaratkan 10 ekor ikan kepar dan 3 ekor ikan tiger.

Pada hari kedua, Selasa, 18 Jun, kira-kira jam 5 petang, kali ini aku bersendirian kerana Shahrul sibuk menguruskan tugasnya. Kali ini aku berumpankan daging ayam dan roti. Hajatnya ikan menduga toman atau belida. Hampir sejam menunggu, umpan tidak diusik ikan. Sekali lagi aku terpaksa mengubah strategi, kali ini casting mengunakan 'pensil'. Setelah berkali2 mengarau, ada seekor ikan toman telah mengejar gewang. Mungkin kerana teknik karauan terlalu laju menyebabkan toman tersebut tidak dapat merembat gewangku. Melihat kelibat toman tersebut, aku semakin semangat untuk casting. Akhirnya aku penat bercasting dan hampa tanpa sebarang hasil.

Pada hari ketiga, Rabu, 19 Jun, setelah program perkhemahan selesai, aku sekali lagi bersendirian mengcasting gewang yang aku bawa untuk cuba menjerat toman Empangan Batu. Mungkin ilmuku belum cukup untuk menarik toman membaham gewang yang aku persembahkan. Yang pasti aku akan kembali ke Empangan Batu lagi untuk mendapatkan lesen toman.

Seperti yang kita tahu, alam ini dikongsi oleh makhluk halus yang juga ciptaanNya. Ada kejadian mistik yang dialami oleh kami ketika perkhemahan tersebut. Ingatan kepada yang akan masuk hutan, jagalah adab kita. Jangan diganggu rumah 'mereka'.

 Gaya mesti ada, walaupun belum tentu hasilnya.

 Shahrul merasmikan joran barunya. 

 Nampak tak ikannya?

 Inilah hasilnya, ikan kepar dan ikan tiger.

 Shahrul meninjau kelibat anak ikan.

 Ikan Kepar.

 Mana ikan?

 Bukti peninggalan kaki pancing. 

 Lagi buktinya.

Senjataku yang penat mengcasting. 

Sesiapa yang pernah berjaya di Empangan Batu, sudi kiranya berkongsi tips untuk menawan penghuni dasarnya. Silakan...

4 comments: