Thursday 3 January 2013

Hasil Puncak Alam

Puncak Alam, Kuala Selangor merupakan kawasan yang mempunyai banyak tasik,paya dan parit. Penghuni dasarnya masih belum diterokai sepenuhnya lagi. Walau bagaimanapun projek pembangunan yang giat diusahakan dikhuatiri akan menjejaskan khazanah alam ini. Lantaran itu akan memusnahkan port2 MEMANCING.


Ikan haruan yang berjaya didaratkan menggunakan cacing (atas) dan gewang (bawah).


Ikan keli yang sudi menjamah umpan cacing yang akhirnya menjadi santapan kami sekeluarga.




 Ini ikan belida atau ikan selat?Aku pun tak pasti tetapi tulang memang berselirat.


 Talapia yang agak jernih berbanding yang terdapat di Bagan Nahkoda Omar.

Si kecil,ubi pun sudi menjamah umpan. Dilepaskan kembali supaya dapat bertarung lagi bila besar nanti.


Inilah hasil dari ahli Pemburu Ikan. Trip seterusnya akan muncul setelah semua Pemburu Ikan berkumpul kembali.

Ternyata Puncak Alam boleh menjadi tempat untuk anda melepaskan gian MEMANCING. Sudah menjadi rutinku setiap pulang dari kerja pasti joran akanku bawa ke kawasan lopak air Puncak Alam. Peliharalah khazanah Puncak Alam ini.

5 comments:

  1. salam... puncak alam kat area belah mana ni bro? boleh sy pegi ni.. mcm best je.. siap ada tilapia n keli.. saya suk area meru.. dekat je tu.. ^_^ v

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puncak Alam kat area Alam Suria, byk port2 mancing, parit, tasik, longkang pun boleh..mai lah

      Delete
  2. Assalamualaikum cikgu...
    cun blog nih...semua entri ringkas & sempoi, santai je aku membacanye...tahniah

    ReplyDelete
  3. Waalaikummussalam..sy budak baru blaja..blog mapia lg cun

    ReplyDelete
  4. tuan, blh join tak..sy baru duduk sini..seberang tasik je..boring cuti sekolah ni..blh bg no tel tak?

    ReplyDelete