Tuesday 6 December 2016

Tauk

Menahan tauk adalah teknik pancingan tradisional yang memerlukan peralatan yang ringkas sahaja.
Sebatang buluh atau kayu diikat dengan tangsi yang dihujungnya diikat rapi Mata kail.Pangjang tangsi lebih kurang sedepa Dan panjang buluh juga lebih kurang sedepa.
Umpan yang selalu digunakan ialah cacing,anak ikan,katak ataupun apa saja yang difikir mampu menjerat ikan.
Target ikan selalunya haruan ataupun keli.
Tauk akan dipacak di tempat yang sesuai dan akan ditinggalkan dalam tempoh tertentu.
Kali ini adikku Adam Dan Udin bersama gengnya Cuba menahan tauk diport kegemaran mereka,Gertok ke 3 Jalan Ganu.
Berumpankan anak ikan mereka menyasarkan si kepala ular,Haruan.Dikala menunggu tauk menjerat mangsa,mereka bersenam tangan dengan teknik casting.
Hasil trip kali ini agak memuaskan, 7 haruan didaratkan dengan teknik tauk Dan casting.
 Persiapan tauk dibuat malam sebelum trip.
 Hasil casting sambil menunggu tauk.
 Tauk yang berhasil.
 Inilah rezeki pada trip Kali ini.
 Udin dengan tauknya yang berjaya menjerat si ruan

Adam,muka Ada senyum bila tauknya juga berhasil.

Tauk selalunya ditahan pada musim tengkujuh iaitu selepas hari turunnya hujan. Walau bagaimanapun pada musim kemarau juga boleh mencuba tauk.

No comments:

Post a Comment