Friday, 25 December 2015

Suatu Masa Dahulu

Berbekalkan tangguk, kami meraduk parit di serata kawasan perumahan kami. Pasti ada yang menjadi mangsa kami, selalunya Seluang, kadang- kadang anak Keli atau Haruan, bertuah jika Sepat yang menjadi mangsa.
Lantas otakku memutarkan memori zaman kanak-kanak kami....
"Hujan turun membasahi tanah, air dalam parit pasti naik,hati kami berbunga, hujan pun berhenti, cacing dicari, tauk batang buluh dicapai,langkah diatur, kaki terus melangkah ke tepi parit. Tauk dipacak di tebing parit dan ditinggalkan. Balik kerumah dengan angan-angan Bapak Haruan atau Keli pasti terjerat . Sebelum senja kami datang menjenguk tauk, selalunya Haruan atau Keli sebesar betis kami terjerat....."
Begitulah indahnya zaman kanak-kanak kami. Sebut sahaja parit mana  di kawasan perumahan kami, semua kami terjah.
Kami berazam, anak-anak kami pasti dapat merasai indahnya berkubang di parit setiap kali balik ke rumah mak ayah kami, biar mereka rasa selut dari menghadap gajet...

 Rindu nak tangguk ikan...
 Parit yang berjasa mengajar kami dunia hanyir ini.
Hasil yang Ku tangguk, seluang jer..Abahku pernah dapat si merah pipi.

Tempat kurungan mangsa kami. Kami berhajat untuk naik tarafnya.



Beberapa gambar nostalgia, bukti kami terjebak dalam dunia hanyir ini sejak kanak-kanak lagi. Itulah rupa asal kolam yang bersimen di atas tu...


 Pewaris kami, anak buah kami, Along, Aqif Dan Afiq telah didedahkan dengan hobi hanyir ini.


PANCING mesti terus...

No comments:

Post a Comment