Sunday, 22 February 2015

Sekali Air Bah...

Hujung tahun 2014 meninggalkan kesan yang mendalam bagi kebanyakkan warga Malaysia terutama yang terlibat banjir. Negeri kelahiranku, Kelantan teruk menerima limpahan air bah kuning. Daerahku yang selalu sunyi dari masalah banjir turut menerima impaknya. Bandar Lama Gua Musang lumpuh sepenuhnya akibat limpahan dari air Sg Ketil dan Sg Galas.

Memori yang meninggalkan kesan kepada kami sekeluarga adalah Majlis Pernikahan adikku, Rostan dan pasangannya Nurul Syaidatul pada 26 Disember 2014 terpaksa ditunda kepada 30 Januari 2015. Syukur semuanya berjalan dengan lancar.

Tahun 2015 dibuka dengan duka apabila, mantan MB Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah pergi meninggalkan kita untuk mengadap PenciptaNya, Allah s.w.t. Al-fatihah semoga TGNA tenang di sana..

Pancing tetap terus....


 Air naik melintas jalan, memutuskan hubungan Felda Chiku 7.









 Kg Keroh selepas gelombang banjir pertama.






 Puyu masuk umah...





















 Kesan selepas gelombang banjir kedua...




 Rezeki musim bah.




































 Jalan Grik Jeli runtuh, memutuskan hubungan Kelantan dengan Perak.


 Fenomena air pasang.















 Stadium keramat TRW ibarat kolam renang gergasi.





 Rezeki selepas musibah...




 Kesan selepas banjir ibarat tsunami kecil...



Sekali Air Bah, sekali pantai berubah...Sama2lah kita merenung dimana silapnya kita sehingga Allah murka, Alam seperti memarahi kita...Adakah kita rakus merosakkan alamNya?????

1 comment:

  1. Sedih pabila mengenangkan kembali musibah ini

    ReplyDelete