Monday, 3 February 2014

Kolam Udang Kota Kemuning

Beberapa orang adikku telah berkesempatan berkomplot untuk menjerat jengo kolam. Lokasi kali ini adalah Kolam Udang Kota Kemuning, Shah Alam. Syawal, Mamat, Adam dan Udin bersama -sama berjuang untuk menawan si sepit biru kolam tersebut.

Kolam ini beroperasi 24 jam sepanjang hari memudahkan kaki pancing untuk terjah pada bila-bila masa sahaja. Dengan kadar bayaran RM 15 per jam dengan deposit RM 50 + Rm 2 untuk jackport memang kadar yang berbaloi kerana hasil kolam ini tidak mengecewakan.

Banyak kemudahan yang disediakan antaranya bekalan perumpun, kedai makan, surau, tandas dan kawasan parkir yang luas dapat menarik kaki pancing untuk kunjungan seterusnya.

Jom layan gambar...

 Pemandangan saujana mata memandang.

 Pihak kolam menyediakan plastik untuk kaki pancing membawa balik hasil.


 Syawal, ketua trip kali ini.

 Barisan geng pemburu ikan yang menduga kolam udang.

 Antara hasil pada awalnya.

 Mamat sempat pose.

Ini sepit biru liar, Sg Selangor berdekatan Bestari Jaya.

No comments:

Post a Comment