Sunday 6 October 2013

Terjah Kolam Seksyen 24 Shah Alam

Perkara : Terjah Kolam Seksyen 24
Tarikh : 26 September 2013
Masa : 3.15 ptg - 1.15 pg (10 jam)
Bayaran : RM30 per joran
Umpan : Bancuhan dedak perisa strawberi, perisa pandan, perisa kelapa, campur tempoyak dan cacing.
Ahli : Due, Mizi dan Syawal.

3.15 ptg - 5.00 ptg
Pada awalnya ikan seperti tak sudi menjamah umpan. Kira - kira jam 4.30 ptg, Mizi menerima sentapan rakus penghuni dasar. Mizi dengan dedak campur tempoyak berjaya menewaskan Pacu kira-kira 5kg. Aku dengan umpan perisa strawberi tidak menerima sebarang sentapan. Akhirnya aku menggunakan umpan campuran tempoyak juga, tidak lama kemudian, joranku ditarik rakus oleh penghuni dasar, mujur aku sempat mencapai joran dan mengawal larian ikan. Akirnya aku juga berjaya mendaratkan Pacu kira - kira 4 kg. Seterusnya aku terus gunakan umpan campuran tempoyak, sekali lagi aku menerima sentapan ikan, sistem drag terus diketatkan, tali terus dikarau, tetapi kali ini ikan berjaya meloloskan diri. Sekali lagi aku tukar umpan, guna cacing pula, sekali lagi joranku ditarik penghuni dasar dan sekali lagi ikan berjaya meloloskan diri. Hampa kami dibuatnya.

5.00 ptg - 7.30 mlm
Aku dan Mizi terus memancing dengan harapan dapat menewaskan ikan - ikan yang kasar seperti Mekong, Tongsan dan Patin. Kami disajikan aksi kaki pancing bertarung dengan ikan - ikan ini. Memang teruja dibuatnya. Cuma ikan sahaja yang tidak sudi menjamah umpan kami.

7.30mlm - 11.00 mlm
Adikku, Syawal pula meneruskan usaha kami. Dia baru pulang dari kerja terus ke kolam untuk menyambung  aktiviti memancing menggunakan tiket kami berdua. Aku dan Mizi terpaksa pulang ke rumah masing - masing. Menurut Syawal, dia gagal melontar umpan jauh ke tengah  kolam. Rata -rata kaki pancing yang berjaya mendaratkan ikan bersaiz bagak, melontar umpan jauh ke tengah kolam. Ini bermakna kami harus meningkatkan skil balingan kami untuk menandingi otai-otai semua. Syawal gagal mendaratkan sebarang ikan dan berhenti memancing pada jam 11.00 malam.

Keputusannya
Due vs Pacu (1-2). Due berjaya mendaratkan seekor pacu dan 2 ekor yang berjaya meloloskan diri

Mizi vs Pacu (1-0). Mizi berjaya mendaratkan seekor pacu.

Syawal vs Pacu (0-0). Syawal gagal mendaratkan ikan.

Jadi secara keseluruhannya Geng Pemburu Ikan vs Pacu (2-2). SERI!!!Jadi pasti ada repeat, cuma masa yang akan menentukan.

Kesimpulannya, didapati bahawa Kolam Seksyen 24 memang destinasi wajib dikunjungi kaki pancing untuk merasai tarikan ikan bersaiz bagak. Kemudahan yang ada seperti tandas, surau, pondok dan restaurant sangat memuaskan. Cuma pekerja yang enggan menimbang ikan Pacu yang kami pancing sedikit mencacatkan trip kali ini.
 Pacu yang Mizi tewaskan. 

 Penuh bakul, besar tak si Pacu ni?

 Tak nampak bacaan pun?Pekerja enggan menimbang, katanya ikan kami masih kecil.

Berat ooi...

No comments:

Post a Comment