Selepas majlis selesai, kira -kira pukul 3 petang, kami bertolak dari Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam ke Bagan Datoh untuk misi menewaskan siakap liar dan ikan bulan. Lokasi yang kami ingin terjah ialah Kunci Air Kg. Sg. Balai, Bagan Datoh. Tanpa panduan GPS, kami gagal ke lokasi tersebut. Akhirnya kira - kira pukul 4 petang, kami sampai ke Jeti Bagan Datoh. Kelihatan ramai kaki pancing mencuba nasib di jeti tersebut.
Alang - alang sudah sampai di Bagan Datoh, kami mengambil kesempatan untuk mencuba nasib di jeti tersebut. Mungkin kami tidak dapat mendaratkan spesis yang disasarkan (siakap dan ikan bulan) kerana melihatkan rata - rata kaki pancing berjaya melihat ikan duri, ikan sembilang dan anak gelama.
Berbekalkan umpan udang mati yang diberi oleh Pak Li, kami melabuhkan joran masing - masing. Nasihat kami kepada kaki pancing semua, tempah bekalan udang hidup awal -awal, jika tidak kempunan nanti. Inilah yang terjadi kepada kami. Bekalan udang hidup, SOLD OUT. Nasib baik Pak Li, bermurah hati, sedekahkan udang mati tersebut kepada kami. Untuk kaki pancing sekitar Bagan Nakhoda Omar, boleh menghubungi Pak Li untuk bekalan umpan hidup di talian 0136087572.
Hampir sejam menunggu, akhirnya aku 'merasmikan'tangkapan dengan ikan duri. Selepas itu, kami terus mendaratkan ikan duri, duri dan duri lagi. Syawal telah berjaya mendapatkan DOUBLE STRIKE, anak dan bapak ikan duri. Melihat keadaan ini, aku cuba mengubah teknik, pancing tebing pula, setelah melihat kaki pancing tak menang tangan mendaratkan anak gelama.
Pancing tebing memang seronok kerana setiap umpan yang dihulurkan pantas dirembat penghuni dasar. Tetapi aku gagal mendaratkan ikan kerana banyak kali tali putus kerana tersangkut pada batu. Akhirnya aku berjaya mendaratkan seekor ikan ketutu berumpankan udang mati. Setelah kehabisan umpan dan banyak perambutku putus, aku kembali ke atas jeti, menyertai adik - adikku.
Jeti tersebut kami berkongsi dengan pengunjung lain. Ada juga pengantin baru yang merakam detik - detik bersejarah mereka berlatarkan jeti tersebut. Keadaan makin gelap, setelah jam hampir pukul 8. Jeti tersebut tiada lampu. Diharap pihak berwajib dapat menyediakan lampu untuk memudahkan kaki pancing yang memancing di waktu malam.
Kami pulang ke Bagan Datoh dengan hasil 9 ekor ikan duri, 1 ekor anak gelama, 1 ekor anak ketutu dan 1 ekor ikan sumpit. 'Kegagalan' ini membuatkan kami bertekad untuk ke Bagan Datoh lagi.
Adik - adikku telah menempah Teratak Umi dengan bayaran RM45 semalam untuk mereka bermalam. Untuk kaki pancing yang mengunjungi Bagan Nakhoda Omar, bolehlah mencuba Teratak Umi dengan menghubungi di talian 0192846550. Biliknya sangat selesa dengan bayaran yang berpatutan.
Kami berehat untuk meneruskan trip keesokannya, Jambatan Sg Bernam.
Tebing berbatu yang banyak memutuskan perambutku.
Ikan ketutu, katanya mahal harganya, betul ker?
Otai guna rod teleskopik jer, berjaya mendaratkan banyak anak gelama.
Syawal sedang betulkan kekiliku, tali keluar sendiri sehingga kusut.
Kelihatan air surut.
Air yang tenang, jangan disangka tiada ikan duri.
Inilah hasil tangkapan kali ini.
Pelantar yang disediakan memudahkan kaki pancing. Syabas!!!
No comments:
Post a Comment