Kami tiba lewat, iaitu kira - kira pukul 10 pg, air kelihatan sedang surut. Tanpa berlengah lagi, kami melabuhkan joran masing - masing. Tidak sampai 5 minit, joran pancingan pantaiku melentur diasak penghuni dasar. Aku ketika itu sedang menyiapkan joranku yang satu lagi. Mujur adikku, Syawal sempat mengambil joran tadi dan mengawal larian penghuni dasar. Akhirnya penghuni dasar dapat ditewaskan. Seekor keli sebesar lengan orang dewasa dapat ditewaskan berumpankan cacing.
Melihat keadaan ini, hati kami berbunga, tidak sampai 5 minit, sudah ada yang sudi menjamah umpan yang dihulurkan. Setelah siap semua 7 batang joran dengan menggunakan pelbagai jenis umpan seperti cacing, udang pasar dan bacuhan dedak, kami setia menunggu umpan dimakan.
Sehingga pukul 12 tengahari, air semakin surut dan kami gagal menambah hasil tangkapan. Kami bersetuju untuk berhenti memancing dan akan meninjau port memancing sekitar pekan Sabak. Syabas diucapkan kepada Majlis Daerah Sabak Bernam kerana menyediakan pelantar pemancing di persisiran sungai berdekatan pekan Sabak. Kelihatan ramai kaki pancing yang mencuba nasib di situ untuk mendaratkan si sepit biru.
Lantaran itu, kami bercadang akan datang lagi ke pekan Sabak untuk mendaratkan khazanah Sg Bernam.
Ada kawasan lapang di tiang bawah jambatan memudahkan kami memancing.
Jambatan Sg Bernam untuk kedua-dua arah.
Bergambar sementara menunggu penghuni dasar menjamah.
Gaya Mamat membuat balingan, ada gaya.
Inilah keli yang merasmikan joran pantaiku dengan berumpankan cacing.
Syawal dan Mamat berbincang tentang trip komplot seterusnya.
No comments:
Post a Comment