Fitri telah menunjukkan 3 port yang cantik untuk kami berkomplot. Tempat pertama berdekatan masjid dan kedai makan. Tempat kedua, tepi highway dan kawasan pembinaan. Tempat ketiga, bersebelahan kawasan setinggan tinggal. Akhirnya, port ketiga yang menjadi lapangan kami berkomplot kali ini.
Kali ini berbekalkan bacuhan dedak perisa udang yang ditambah serbuk kunyit dan dedak yang digaul bersama tempoyak. Pada awalnya, hujan turun dengan lebat, tetapi ini tidak mematahkan semangat kami untu terus setia menunggu umpan diusik penghuni tasik. Hampir sejam kami menunggu, tiada sambutan. Kawasan sekeliling pun tiada kelibat kaki pancing, hanya kami bertiga di kawasan tinggalan pekerja indon ini. Perasaan ragu dan cuak mula menguasai diri masing-masing. Takkan port yang cantik sebegini tidak diterjah oleh kaki pancing. Tinggalan kaki pancing seperti tali tangsi, plastik dedak dan sebagainya pun tidak kelihatan. Ini membuatkan kami terus tertanya-tanya sesama sendiri. Mengapa dan kenapa port ini tidak di usik kaki pancing lain.
Walau bagaimanapun kami cekalkan hati untuk terus menunggu. Berkat kesabaran kami, akhirnya Tarmizi berjaya mendaratkan ikan kepar yang agak besar. Melihat Tarmizi me'rasmikan' tangkapan, aku dan Sahrul terus bersemangat. Aku telah menabur dedak di bawah jeti tempat kami memancing dan disambut oleh kelibat ikan. Melihat situasi tersebut, aku telah mengikat mata kail pada ranting kayu dan dihulurkan ke bawah jeti, akhirnya aku berjaya mendaratkan seekor lagi ikan kepar.
Selepas itu, suasana kembali sunyi. Kami terus menunggu dan terus menunggu. Lamunan kami dikejutkan oleh kocakan air tidak jauh dari tempat kami duduk. Tarmizi telah pergi meninjau keadaan dan didapati ada sekumpulan tilapia besar sedang bermain-main di sebelah sana. Mendengar keadaan itu, aku berpindah ke kawasan kocakan air tadi dengan harapan dapat menjerat si tilapia besar tadi.
Akhirnya aku berjaya mendaratkan ikan tilapia tetapi bukan yang besar, hanya yang sebesar tapak tangan. Sahrul menyertaiku di sini, setelah gagal di port tadi. Memang rezekinya di sebelah sini, akhirnya dia berjaya mendaratkan 3 ekor ikan kepar.
Tarmizi terus setia di tempat tadi. Dengan mengubah taktikal, dia menggunakan anak ikan kepar yang kami pancing untuk menjerat spesis pemangsa yang mungkin menghuni tasik ini. Akhirnya sehingga pukul 6 ptg, kami terus hampa kerana tidak mendapat sambaran ganas ikan besar, hanya 7 ekor ikan kepar dan seekor ikan tilapia yang sudi melayan kami.
Kekecewaan ini tidak menghalang kami dari kunjung seterusya ke tasik ini di masa hadapan. Kami harus bersedia dengan pelbagai jenis umpan ataupun gewang untuk memujuk ikan di tasik ini untuk melayan kami.
Pancing tetap Pancing!!!
Kemaskan senjata dengan hampa.
Hasil Putra Perdana.
Fitri, berbaju warna kelabu, tuan rekomen kali ini..
Pancing ranting yang menewaskan kepar dan tilapia.
Setting senjata pun lama.
Bergaya ala cover album berlatarkan pemandangan indah tasik.
Duk tabur umpan, bagi rasuah kat ikan tak pa kan?
No comments:
Post a Comment