Bak kata pepatah, 'sambil menyelam minum air'. Setelah menghantar pelajar ke kem tersebut, kami bercadang untuk terjah Empangan Semenyih tetapi hajat kami terbantut setalah diberitahu oleh jurulatih Pusat Kokurikulum bahawa jalan ke empangan telah runtuh.
Riak- riak kecewa jelas terpancar dimuka kami. Mujurlah berdekatan kem tersebut ada sebuah kolam pancing berbayar, Kolam Hj Nawawi. Setelah membayar yuran masuk iaitu RM 5 sejam, kami terus ke pondok tepi kolam . Kelihatan ramai kaki pancing memenuhi kolam tersebut.
Bermula kira - kira jam 4.30 ptg, aku melabuhkan joran berumpankan dedak berperisa pandan. Tarmizi, seperti biasa masih setia dengan dedak dicampur tempoyak. Shahrul pula menggunakan kombinasi dedak kami berdua. Rekrut kami, Sulong memerhatikan setiap tingkahlaku kami dengan penuh perhatian.
Tidak lama kemudian, Tarmizi menerima sentapan dari penghuni dasar. Setelah tali dikarau menghampiri tebing kolam kelihatan jelas sisik si tilapia merah. Tersenyum lebar Tarmizi dengan situasi ini tetapi sayang setelah semakin hampir, mangsa berjaya meloloskan diri. Kecewa kami dibuatnya.
Joranku sunyi tanpa usikan ikan. Aku mengambil keputusan untuk menyediakan bacuhan dedak yang baru. Kali ini aku tambahkan perisa kelapa kepada bancuhan dedak.Setelah siap, aku lontarkan mata bom ke tengah kolam. Tidak lama kemudian, pancang joranku hampir tersungkur menerima asakan ikan.Shahrul yang berdekatan dengan joranku terus mencapai joranku dan mengawal larian ikan. Seterusnya aku mengambil alih dari Shahrul untuk mendaratkan mangsa. Akhirnya aku berjaya mendaratkan ikan tilapia merah yang agak besar.
Setelah berjaya mendaratkan ikan tersebut kami semakin bersemangat untuk terus memancing. Sekali lagi, joran Tarmizi menjerit menandakan ada ikan yang terjerat. Tarmizi dengan berhati - hati mengawal larian ikan. Sekali lagi dia kecewa setelah ikan berjaya melarikan diri. Kali ini tanpa menunjukkan dirinya, ikan meloloskan diri. Terkilan dihati Tarmizi kerana tidak dapat mengetahui spesis ikan tersebut. 2 kali ditewaskan oleh penghuni kolam ternyata mengecewakan kami.
Kami menamatkan sesi pancingan kira -kira pukul 6.30 ptg, kerana kami harus bergegas untuk pulang ke rumah masing - masing. Pancing Mesti Terus!!!!
Kolam Lubuk Ikan ker Kolam HJ Nawawi?
Bergambar sebelum memancing.
Pacu yang baru sampai ketika kami mancing.
Shahrul (baju putih), Tarmizi (baju hijau), Aku (baju merah) dan Sulong (baju biru).
Tilapia bersaiz 30cm.
Bergambar bersama hasil tangkapan.
Sulong berpotensi menjadi ahli baru Geng Pemburu Ikan.
No comments:
Post a Comment