Tilapia merupakan spesis pendatang yang telah menguasai
perairan kita termasuklah di kawasan Puncak Alam, Kuala Selangor. Puncak Alam
memiliki banyak kawasan lopak-lopak air yang sentiasa menjadi port terjah kaki
pancing.
Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman memancing tilapia
di kawasan Alam Suria, Puncak Alam. Sebelum ini saya menggunakan umpan cacing
yang dibeli untuk menjerat tilapia tetapi kurang memberangsangkan. Pernah juga
mencuba dengan bancuhan dedak tetapi tetap mengecewakan.
Sehinggalah saya berkesempatan mengorek rahsia dari seorang
otai yang selalu kelihatan memancing di kawasan ini. Mujurla dia tidak lokek
ilmu, menurutnya, tilapia di kawasan ini galak merembat umpan udang. Udang
tersebut hendaklah ditangguk di tasik tersebut.
Dengan menggunakan batu ladung hidup untuk membolehkan
balingan jauh ke tengah disamping untuk umpan udang bebas bergerak seperti
semulajadi. Ternyata teknik tersebut berjaya menjerat tilapia. Kadang-kadang
ikan keli dan ketutu juga terpedaya dengan umpan udang tersebut.
Hampir setiap petang saya akan memancing tilapia ini kerana
tasik ini berada di depan rumah saya sahaja. Hasil pancingan ini saya jadikan
ikan pekasam untuk juadah sendiri dan dijual kepada rakan-rakan di tempat
kerja.
Ramai juga kaki pancing yang memancing di kawasan tasik ini.
Ada juga
yang membawa keluarga. Tasik ini sebenarnya kawasan tadahan hujan yang
berfungsi untuk mengelakan banjir. Walau bagaimanapun kadang-kadang kelihatan
ada orang yang menjala dan menjaring ikan di tasik ini. Memang rezeki
masing-masing, tetapi diharap mereka tidak tamak dengan mengaut keluar hasil
tasik ini dengan rakus. Tinggalkan sedikit untuk kami,kaki pancing Puncak Alam
untuk melepaskan gian merasa tarikan penghuni dasar tasik ini.
Tasik Alam Suria, salah
satu kawasan tadahan hujan bagi mengelakan banjir di kawasan Puncak Alam.
3 batang joran digunakan dengan straw sebagai penggera apabila umpan
diusik tilapia.
2 ekor anak udang dicangkuk di mata
kail untuk menarik selera tilapia.
Tilapia sebesar tapak tangan sesuai
untuk dijadikan hidangan.
Selain tilapia hitam, terdapat juga
spesis tilapia belang (mayan cichlid)
Antara hasil dalam masa beberapa
jam, jika tilapia galak memakan umpan.
Tepung gandum digunakan untuk
menghilangkan hanyir ikan tilapia
Tilapia yang telah siap disiang,
dibasuh sebelum dilumurkan beras kisar dan garam untuk dijadikan ikan pekasam.
Pekasam tilapia memang sedap dimakan
ketika masih panas bersama nasi panas, bertambah nasi nanti dibuatnya.
Ikan trofi Tasik Alam Suria, Puncak Alam. PB juga telah mula mendiami tasik ini untuk merancakan arena pancingan Puncak Alam.
Salam tuan... bolehkah kami c&p story ini untuk majalah umpan? Nama dan blog tuan akan dikreditkan.
ReplyDeletesilakan tuan..saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih
DeleteSalam tuan.. Ikan pb di kolam tadahan yang belah mane ye? Kalau saya dtg dari arah puncak alam.. Kolam nye di roundbout pertama atau ke dua?
ReplyDeleteSaya selalu mancing kt kolam pertama,5a1...kolam kedua,5a2,saya tak pasti
Delete