Dulu-dulu aku pernah memancing di
tasik ini tetapi kumpau. Setelah diberitahu oleh Sifu, Fauzu Mamat bahawa tasik
ini ada sepsis lampam dan teknik pancingan jaring mudah menjeratnya. Pada cuti
sekolah bulan 3 yang lalu, aku bersama anak-anakku sekali lagi ke tasik ini.
Dengan bereksperimen bancuhan
campuran dedak, kami cuba
mendaratkan penghuni dasar tasik ini. Campuran dedak dengan perisa udang
berjaya mendaratkan lampam dan tilapia. Aku juga mencuba dedak perisa cacing
tanah tetapi kurang mendapat sambutan.
Teknik pancingan jaring sangat
sesuai jika kita membawa anak kecil bersama, tidak berbahaya kerana tiada benda
yang tajam. Walau bagaimanapun tetap kena berjaga-jaga kerana anak-anak boleh
terbelit jika tidak hati-hati. Anak lelakiku, Faiz walaupun umur 4 tahun lebih
berminat untuk cuba
melontarkan umpan walaupun jarak lontaran tidak jauh mungkin kerana rod lebih
tinggi darinya dan kepalan dedak pada spring berat untuknya. Kakaknya, Fatin
lebih berminat untuk bermain catur daripada cuba untuk memancing.
Tasik ini ada beberapa pondok,
ada bangku simen dan pokok untuk kita berteduh dari panas mentari.
Pada 7 Mei yang lalu, dalam bulan
puasa aku sekali lagi ke tasik ini. Waktu persekolahan tamat awal pada bulan
puasa, 12.30 t.hari, memberi lebih masa untuk aku pergi memancing. Siapa kata
bulan puasa kita perlu gantung joran? Semuanya bergantung kepada kita. Mungkin
teknik bottom lebih sesuai berbanding casting pada bulan puasa ini.
Dengan setting yang hampir sama
dengan kunjungan sebelum ini, bancuhan dedak perisa udang, aku sekali lagi
berharap untuk dapat mendaratkan ikan. Bermula pukul 3 petang aku memancing,
tiada hasil,mungkin ikan pun puasa….hehehe..Sehinggalah pukul 4.30 petang
setelah aku mengambil keputusan untuk balik. Ketika mengarau tali joran, aku
terasa berat, mesti kena ni, getusku dalam hati. Apabila semakin hampir dengan
tebing, ternampaklah kelibat ikan yang tersangkut pada jaring, cuba untuk
melepaskan diri. Ikan lampam sepangjang hampir 1 kaki berjaya aku daratkan.
Ikan lampam tersebut telah
menjadi penghuni akuariumku dan diharapkan ianya terus hidup, jika tidak jadi
pekasamlah ia nanti…
Sebenarnya, pada Kali ini aku juga mencuba umpan sawit peram dengan Mata bom tetapi tidak mendapat sambutan. Pancingan air tawar memerlukan Kita lebih kreatif umtuk mencipta umpan berbanding pancingan air masin. Maka mulakan daya kreativiti anda sekarang.Pancing mesti terus...
Sebenarnya, pada Kali ini aku juga mencuba umpan sawit peram dengan Mata bom tetapi tidak mendapat sambutan. Pancingan air tawar memerlukan Kita lebih kreatif umtuk mencipta umpan berbanding pancingan air masin. Maka mulakan daya kreativiti anda sekarang.Pancing mesti terus...
Tilapia hasil pertama kali ini.
Lampam pun ada di tasik ini.
Faiz seronok bermain dengan bancuhan dedak,biarkan dia explore sendiri...
Ada trek untuk jogging, ada bangku untuk berehat dan ada pondok untuk berteduh.
Mereka seronok outdoor sekali sekala.
Sekali sekala berjemur di bawah panas mentari, ada baiknya juga.
Selipar size 8 sebagai perbandingannya.
Hasil pada kunjungan yang pertama, 1 tilapia 4 lampam.
Mereka dan mula berani untuk memegang ikan, biarkan mereka merasa sendiri hanyirnya ikan...
No comments:
Post a Comment