Sunday, 6 October 2013

Tasik Prima, Puchong

Puchong memang banyak tasik bekas lombong. Sebelum ini kami pernah terjah Taman Tasik Puchong (D'Island) dan tasik sekitar Putra Perdana. Kali ini kami berkesempatan berkomplot di Tasik Prima pula. Suasana di tasik ini berbeza berbanding di D'Island kerana di sini banyak pokok untuk kami berteduh berbanding di D'Island kami terpaksa berpanas terik.

Bertarikh 1 Oktober, kira -kira pukul 3.00 ptg, Aku bersama Mizi tiba di Tasik Prima. Terima kasih diucapkan kepada Fitri kerana sekali lagi sudi membawa kami ke port ini. Mula-mula aku dan Mizi memancing di atas pelantar tempat untuk menaiki bot. Bebekalkan anak ikan keli, Mizi cuba untuk menjerat toman yang dikhabarkan menghuni tasik ini. Oleh kerana pelantar yang kecil, aku beralih ke port yang lain.

Di bawah pokok, port aku kali ini. Aku menabur dedak yang dicampur dengan dedak anak ayam. Kelihatan banyak anak ikan tilapia berebut-rebut dedak yang aku taburkan. Kasi rasuah dahulu...

Di pelantar tadi, Mizi menjerit keriangan kerana telah berjaya mendaratkan spesis tilapia yang berwarna merah kekuningan, RED MONK dengan umpan rahsianya, dedak campur tempoyak. Di sini aku juga berjaya mendaratkan spesis tilapia.

Dari terjah kali ini, kami simpulkan bahawa tilapia di  D' Island lebih kasar saiznya. Tasik Prima lebih teduh berbanding D'Island. Tepuk dada tanyalah selera...

Kami mengakhiri sesi pancing pada pukul 6 petang dengan 10 ekor tilapia, sebesar tapak tangan sahaja. Seterusnya port kami di ambil oleh sepasang uncle dan aunty cina yang katanya baru belajar memancing.

 Apa-apa pun, Pancing Mesti Terus Tanpa Kira Hasilnya!!!!

 Pinjam kerusi Mizi untuk posing jap..

 Ni Kaloi kesayanganku.

 Kini kaloi ada teman, Red Monk Tasik Prima.

 Satu dari 2 ekor yang berjaya hidup dalam akuariumku.

Tilapia merah yang biasa kita lihat, yang kekuningan jarang kita lihat.

No comments:

Post a Comment