Pancingan bermula kira-kira jam 8 pagi dengan berumpankan isi kelapa sawit potong. Mereka berjaya mendaratkan banyak ekor ikan tengas.
Ikan tengas adalah sedara ikan kelah. Ikan tengas juga dikenali sebagai ikan kejor
Inilah hasil ikan tengas, mancing sehingga pukul 2 petang, 6 ekor..
Ikan Tengas
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ikan Tengas | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Kordata |
Kelas: | Actinopterygii |
Order: | Cypriniformes |
Keluarga: | Cyprinidae |
Genus: | Neolissochilus |
Spesies: | N. hexagonolepsis |
Nama binomial | |
Neolissochilus hexagonolepis |
Ikan tengas, bahasa Inggeris; Copper mahseer[1], (Neolissochilus hexagonolepis, duluAcrossocheilus hexagonolepsis) juga dikenali sebagai Ikan Kejor adalah ikan air tawar yang tergolong dalam famili Ikan Kap (Cyprinidae). Taksonomi ikan ini masih kurang jelas kerana terdapat beberapa kekeliruan dan pertindihan nama spesiesnya. Ikan-ikan dari genus ini boleh didapati di air yang mengalir laju dan jernih airnya dan biasa ditemui di kawasan sungai berbatu di kawasan tanah tinggi. Secara amnya, ikan tengas ini adalah dari jenis omnivor yang memakan haiwan-haiwan kecil, alga dan tumbuhan-tumbuhan air tawar.
Namun begitu di Malaysia, Ikan tengas dari spesies (Neolissochilus soroides) lebih mudah ditemui di kawasan hulu sungai air tawar yang jernih, berbatu dan terletak dikawasan jeram yang tinggi diSemenanjung Malaysia. Ia pernah dilaporkan mudah ditemui di hulu-hulu sungai di [[Hulu Perak],[Pulau Pinang]], Langkawi dan Kedah. Ikan tengas spesies ini kelihatan agak mirip dengan Ikan Kelah (Tor tambroides), satu lagi spesies ikan air tawar yang amat terkenal di Malaysia. namun kedua-dua ikan ini dapat dibezakan dengan struktur cuping median yang terletak di bibir bawah ikan yang ada pada ikan kelah namun tiada pada ikan tengas, ini membuatkan seakan-akan ikan tengas kelihatan tiada atau sedikit bibir bawahnya.
Harga ikan tengas adalah agak mahal kerana, menangkapnya sukar utuk dilakukan kerana secara semulajadinya ia hanya boleh didapati melalui kaedah pengkapan secara tradisional menggunakan jala atau joran di hulu sungai yang berair jernih, sejuk, berbatu dan berjeram yang nun jauh ke dalam hutan. Tidak ramai pengusaha yang menternak ikan tengas secara serius untuk penjualan di pasaran terbuka. Ikan tengas juga lebih sedap dimasak pekasam. Di Malaysia antara sungai yang menjadi habitat bagi Ikan tengas ialah diSungai Kurau.
Ikan di atas: Ikan Kelah @ Masheer
Ikan di bawah: Ikan Tengas @ Neolissochilus Hexagonolepis
Bulatan merah menunjukkan perbezaan bibir ikan Ikan Kelah dan Ikan Tengas.
Ikan yang dalam bulatan merah ialah ikan Kelah
No comments:
Post a Comment