Keadaan angin yang kuat menyukarkan kami melontar matakail jauh ke tengah lombong. Walau bagaimanapun ini semua tidak dapat melunturkan semangat pemancing tegar seperti kami. Melalui tinjau kami, lombong ini dihuni oleh ikan tilapia dan ikan bandaran. Banyak bangkai ikan-ikan tersebut di merata daratan lombong, ini mungkin dibuang oleh pemancing yang mensasarkan spesis yang lebih lumayan.
Hampir 2 jam kami menunggu sentapan penghuni dasar, hanya getuan2 kecil sahaja yang kami terima. Inilah komplot pertama kami dan ianya KUMPAU. Walau bagaimanapun ini tidak akan menghalang dari kami merangcang komplot seterusnya. Ibarat kata pepatah, "perjalanan yang jauh bermula dengan langkah yang pertama".
Terdapat ramai juga kami pancing yang mencuba nasib di sini. Sebelum pulang, sempat kami bertanya
kepada seorang kaki pancing. "Bang guna umpan apa?". Lalu dijawabnya "Roti" sambil berseloroh, "Apa barang mancing tepi parit, layan Patin kat 'laut dalam' lah". Malu kami dibuatnya, lalu kami terus berkemas dan berangkat pulang. Sepanjang perjalanan pulang kami terngiang2 jawapan tadi."ikan Patin". Lalu kami bertekad akan kembali lagi ke lombong ini suatu masa nanti.
Shahrul sabar menanti tarikan ikan yang tidak kunjung tiba.
Tarmizi, ahli terbaru geng pemburu ikan, hampir nak terjun ke dalam lombong akibat geram dengan gelagat ikan yang bermain di permukaan air tetapi tidak mahu merembat umpan.
No comments:
Post a Comment