Tuan puteri yang menemaniku ketika sesi lawatan tersebut.
Anak taukeh kolam yang terus mengasah bakatnya.
Kolam Pancing D'Felda Generasi ke 2, bayaran RM 20 untuk 3 jam.
Setelah itu aku kembali ke rumah, meneruskan tugasku sebagai seorang cikgu. Menanda kertas peperiksaan pertengahan tahun pelajarku. Hatiku berdebar2 mengingatkan aksi kaki pancing mendaratkan si pacu tadi. Aku tidak dapat fokus.
Akhirnya, selepas sembahyang Zohor, tepat jam 3 petang, aku mengambil keputusan untuk menduga penghuni kolam tadi. Berbekalkan umpan cacing dan cengkerik yang di beli di kedai aquarium Fasa 2, Puncak Alam, aku dengan ditemani sekali lagi oleh puteriku telah menerjah kolam itu.
Sampai pukul 3.30 ptg, aku terus melabuhkan joranku. Tidak sampai 5 minit, joranku melentur, menandakan umpan cacing telah dirembat oleh penghuni dasar. Setelah berjaya mengawal larian penghuni dasar, aku akhirnya berjaya mendaratkan pacu. Tidak menang tangan aku melayan sentapan demi sentapan si pacu. Pacu kolam ini telah mengamuk!!!
Sepanjang pemerhatianku di kolam tersebut:
1)Pacu aktif makan umpan jam 3-4 ptg, 4-5 ptg kurang aktif, 5-6 ptg tidak aktif
2) Umpan cacing terbaik untuk menjerat pacu. Namun umpan cengkerik juga dirembatnya.
3)Mancing tanpa batu ladung lebih berjaya untuk menjerat pacu kolam ini.
Walaupun aku tidak berjaya mendaratkan spesis lain, aku tetap berpuas hati dengan trip ini kerana telah berjaya mendaratkan 12 ekor pacu. Ikan-ikan tersebut telahku bahagikan antara jiran sebelah menyebelah rumahku.
Berita kejayaan trip ini telah aku sampaikan kepada adik-beradikku yang juga merupakan geng pemburu ikan. Menggigil2 tangan mereka, bergetar2 joran mereka untuk bersama menerjah kolam ini. Akhirnya tercapailah kata sepakat dimana pada 2 hb Jun nanti Geng Pemburu Ikan akan menyerang kolam tersebut.

Pacu pertamaku.
Puteriku, pewaris geng pemburu ikan.
Tag yang diberikan kepada pemancing.
Kolam bersebelahan ladang kelapa sawit.
Kolam boleh nampak dari Jalan Meru Tambahan.
Port terbaik, kat 'astaka'.
Nasib baik ada jongkong, aku tak bawa pancang.
Hasil trip kali ini, 12 ekor pacu.
Hasil bedah siasat ke atas pacu kolam tersebut.
Menurut sember di internet:
Ikan Pacu atau Tambaqui ataupun dikenali dalam bahasa orang-orang sains perikanan sebagai Colossoma Marcopomum adalah ikan yang sering menghuni tasik dan sungai-sungai air tawar ditempat yang beriklim khatulistiwa tropika di seluruh dunia. Ikan ini merupakan saudara jauh kepada ikan Piranha di Amazon, sungguhpun tidak ramai yang dapat membezakan antara Ikan Pacu dan Piranha.
No comments:
Post a Comment