Tuesday, 6 October 2020

Hiking Bukit Botak Puncak Alam

Permulaan perjalanan...

Check point 1, bawah pencawang TNB

Susunan batu yang menarik, kena tahu bermain dengan 'angle'...

Check point 2, bendera Malaysia...MERDEKA!!!...

Kerusi dari akar, boleh duduk berehat sekejap...


Hujung pendakian...keadaan langit yang cerah membantu mencantikan shot..

Ku lihat hijau...

3-4 kali mereka duk main turun naik guna tali ni....seronok nampaknya..

Kanak-kanak pun ramai yang hiking Bukit Botak ni...

Face mask...

Sepohon kayu, daunnya rimbun...

Cabaran tali...boleh tahan..


Landmark di sini...wajib bergambar di sini..

1,2,3...lompat!!!

Bergambar ala -ala kulit album lagu...hehe...

Gambar setelah diedit..memang cun...



 Tahun 2020 bakal diingati sebagai tahun Covid19. Seluruh dunia sengsara dengan pandemik yang bermula di China ini. Diharap dunia kembali pulih seperti biasa dan kita dapat melakukan aktiviti harian termasuklah hobi kita tanpa ragu-ragu lagi.

Dalam posting kali ini, saya ingin berkongsi tentang hobi baru saya iaitu Hiking. Sebenarnya ia bermula setelah Kelab Guru sekolah saya menganjurkan hiking ke Bukit Botak, Puncak Alam.

Sebenarnya sebelum ini saya pernah Hiking di beberapa bukit tetapi belum jatuh cinta dengan hobi ini. Namun setelah disajikan permandangan yang indah di trek Bukit Botak,terus cinta itu berputik. Sehinggakan saya naik Bukit Botak seorang diri selang  sehari selepas trip dengan kelab guru.

Bukit Botak mungkin tidak.mencabar bagi yang mahir dan selalu hiking tetapi agak mengah bagi yang baru berjinak dengan hobi ini.

Dipermulaan treknya kita dihidang dengan laluan mendaki hampir 90 darjah melalui jalan ladang sawit. Setelah berjaya melalui trek mendaki tersebut, kita akan sampai di bawah pencawang TNB, boleh dianggap sebagai check point 1. Bolehlah kita bergambar dengan bertemakan bunga lalang sambil menarik nafas dan membasahkan tengkak.

Seterusnya masih lagi laluan mendaki tetapi tidak berapa curam sehinggalah kita sampai ke laluan bertali. Ada kanak-kanak sekolah rendah yang sangat sukakan cabaran tali ini, beberapa kali mereka turun dan naik menggunakan tali tersebut. Setelah berjaya mengharungi cabaran tali ini,kita sebenarnya telah sampai di check point2, banyak view yang cantik di area tersebut. Ada bendera,susunan batu,lereng bukit. Sekali lagi boleh kita berehat sejenak.

Pendakian diteruskan sehingga kita sampai di pertengahan trek, check point 3,puncak Bukit Cerakah dengan  ketinggian 214 m. Boleh abadikan kenangan bersama signboard sebagai bukti telah berjaya menawannya.

Namun pendakian belum lagi selesai, belum sampai ke Bukit Botak. Pendakian diteruskan sehinggalah ke hujung trek dan pemandangan di sini membuatkan kita seperti berada di planet lain. Cahaya matahari memainkan peranan untuk mendapatkan shot yang cantik di check4 dan terakhir ini.

Perjalan balik melalui trek yang sama kita naik tadi,bolehlah bergambar sekali lagi jika tidak berpuas hati.

Apa yang penting semasa hiking,kita perlulah jaga kebersihan dan adab kita kerana Alam yamg cantik ini tidak layak dikotori. Disamping itu alam ini juga ada makhluk Allah yang lain.

Friday, 8 November 2019

Ikan Likoh

Ikan Likoh merupakan ikan trofi di kawasan Puncak Alam kerana jarang sekali kaki pancing berjaya mendaratkannya. Sepanjang pengetahuan saya hanya 4 kali sahaja Ikan Likoh berjaya didaratkan termasuk sekali oleh saya,itupun menggunakan jala..hehe
Balik dari sarapan, saya melihat kelibat ikan berwarna kemerahan bermain-main di permukaan tasik. Geram dengan gelagatnya, saya bergegas mengambil jala dan menebarnya, ikan tersebut masih lagi tidak melarikan diri, masih lagi bermain-main dipermukaan air. Banyak kali saya menebar jala tetapi tidak mengena kerana ikan tersebut berada di tengah-tengah tasik.
Hampir berputus asa saya dibuatnya, saya balik ke rumah untuk mengambil handset untuk mengambil gambar ikan tesebut. Sekali ianya bermain hampir ditebing tasik, sekali lagi saya bergegas mengambil jala.
One bullet and one shot, bisik saya dalam hati. Terus saya menebar jala, sekali mengena ikan tersebut,ketika ingin mendaratkannya, ianya hampir terlepas, cepat-cepat saya memeluknya dan berlari ke rumah dan memanggil jiran, Cik Man.Dia pun terkejut melihat ikan likoh tersebut.
Saya tempatkan ikan tersebut di dalam kolam mainan anak saya, sebelum menjualnya kepada yang berminat. Ada respon di FB, berminat untuk membelinya tetapi tiada follow up dari rakan FB tersebut.Saya juga cuba menjual kepada kedai ikan di fasa 2 tetapi tuan kedai tidak mahu membelinya kerana terlalu besar.Satu lagi harapan saya iaitu Restoran Pak Ya, Felda Bukit Cerakah kerana di sini banyak ikan-ikan monster di dalam aquariumnya.
Balik dari sekolah, saya lihat ikan tersebut semakin lemah,dan setelah selesai makan, saya lihat ianya kaku sudah....sebak saya dibuatnya, mengalir air mata ini tanpa disedari.
Terima Kasih Likoh, bukti kamu memang wujud di Tasik Alam Suria dan dengan harapan ianya masih ada di situ lagi....




23 inci panjangnya..



Berapa berat agaknya???


Friday, 4 October 2019

Menjala

Selain dari memancing, menahan bubu atau jaring, menjala juga merupakan teknik untuk mendapatkan hasil tangkapan yang banyak dalam jangka masa yang singkat sahaja. Namun bukan semua orang tahu untuk menebarkan jala. Dan bukannya mustahil untuk kita belajar menebar jala, banyak teknik di youtube yang boleh kita praktikan.
Pada mulanya memang susah untuk saya tebarkan jala, sehingga habis rosak jala dibuatnya.Namun saya tidak mudah mengalah dan meminta adik saya, Rostan untuk membeli jala yang baru secara atas talain.
Sekarang dah makin mahir untuk menebarkan jala. Hampir tiap-tiap hari saya akan menebar jala sebelum pergi ke sekolah.Tangkapan terbesar saya adalah ikan tilapia hitam dengan ukuran 13 inci dan 700 beratnya. Ikan tersebut menjadi juadah makan tengahhari kami sekeluarga. Ikan tilapia Tasik Alam Suria tidak berbau seperti di sesetengah tempat yang lain.
Selepas ini saya akan cuba menjala di tempat lain dengan sasaran spesis ikan yang lain pula. Seronok rupanya menjala tetapi baju dan seluar pasti basah jika menjala.Itu belum lagi jika jala tersangkut di dasar tasik, memang tak sanggup saya untuk menyelam. Menjala juga memerlukan stamina dan sangat memenatkan malah boleh menyebabkan sakit bahu dibuatnya. Tetapi itu semua tidak dapat melemahkan saya dari terus mengasah skill menjala saya. Jala tetap jala...
Namun ada dikalangan kaki pancing yang tidak senang dengan kehadiran orang yang menjala mungkin mereka beranggapan jala mengacau ikan dari memakan umpan mereka. Penjala juga seharusnya tidak mendekati kawasan berdekatan kaki jala. Tasik, sungai dan parit masih luas,pergi menjala di tempat yang jauh dari kaki pancing. Kita sama hobi, mungkin caranya sahaja berbeza...















Wednesday, 31 July 2019

Kolam Mile Seven vs Ban Canal

Pada cuti pertabalan agong yang lepas,30 Julai 2019, aku bersama puteri, Fatin  dan puteraku, Faiz sempat berkomplot di 2 tempat, iaitu kolam pancing udang mile 7 dan Ban Canal
Selepas bersarapan kami terus ke kolam di Ijok dan sampai di kolam kira - kira pukul 11 pagi. Ternyata orang telah ramai memenuhi kolam tersebut.Dengan bayaran RM 45 untuk 2 jam termasuk umpan perumpun dan perambut. Untuk kanak-kanak bawah 12 tahun adalah percuma. Aku bawa 1 rod berkekili dan 2 rod teleskopik.
Ini merupakan pengalam pertamaku memancing di kolam udang bersendirian, walaupun sebelum ini aku pernah memancing di kolam udang tetapi ditemani adikku, Awal. Lain rasanya bila bersendirian ini, terpaksa mengikat sendiri mata kail, puteri dan puteraku tidak sabar lagi untuk memancing. Mula-mula sedikit pendek tali yang aku ikatkan tambahan lagi joran teleskopik pun pendek, kira -kira 2m sahaja. Rata-rata kaki pancing di sini menggunakan rod teleskopik hampir 10m rasanya. Jarang yang menggunakan kekili.
Strike pertama diperolehi oleh puteriku, gembira nampaknya setelah berjaya mendaratkan udang galah pertamanya. Seterusnya puteraku pula yang berjaya mendaratkan udang galahnya. Tercabar rasanya aku kerana masih belum berjaya mendaratkan udang lagi. Aku cuba mengarau kekiliku, terasa seperti berat rasanya, rupanya ada udang remaja yang terjerat di mata kailku. Gembira mereka melihat udang yang besar tersebut. Kami juga berjaya mendaratkan 2 ekor ikan guppy tanpa sengaja, sekor aku buat umpan untuk cuba menjerat si jenggo kolam ini tapi hampa. Sekor lagi aku bawa balik untuk mereka pelihara ikan tersebut.
Ada kaki pancing dari Kepong bersama keluarganya memancing di sebelah kami. Aku cuba mengorek rahsia darinya kerana kelihatan mereka berjaya mendaratkan banyak ekor si sepit biru ini.Rupanya mereka menggunakan hati ayam dan di akhir pancingan mereka telah memberikan baki hati ayam itu kepada kami. Aku cuba juga dengan hati ayam tersebut tetapi tetap hampa, mungkin hari sudah makin panas, hampir pukul 1.00 tengahhari.
Di sini aku ingin berpesan kepada kaki pancing janganlah buang perambut yang masih ada mata kail di merata-rata tempat, bahaya kepada pengunjung lain terutama kanak-kanak. Sama-samalah kita menjadi pemancing yang beretika pada setiap masa dan setiap tempat. Lagi satu, periksa barang peribadi kita sebelum meninggaglkan port, aku hampir kehilangan tablet kerana puteraku tertinggal di meja berhampiran kaunter. Nasib baik penjaga kaunter dan pekerja kolam tersebut orang yang jujur, mereka mencariku di kawasan parking untuk memulangkan tablet yang tercicir.Alhamdulillah.
Selepas solat zohor di masjid pekan Bestari Jaya kami terus ke Ban Canal.Di sini kami menggunakan bancuhan dedak berperisa sawit peram. Hampir 2 jam kami di sini dan hampir kumpau dibuatnya. Mujurlah puteraku berjaya mendaratkan seekor ikan seluang menggunkan pancingnya dengan teknik kepalan dedak pada spring jaring. Mungkin ini tanda pengenalan kami kepada Ban Canal
Jadi sepangjang trip ini, 2 port kami terjah dan keputusannya ialah seperti berikut
1.Strike terpantas: Fatin
2. Strike terbanyak : Faiz (1 udand, 2 ikan guppy, 1 seluang)
3. Strike terbesar: Aku (jenggo remaja)