Dalam posting kali ini, saya ingin berkongsi tentang hobi baru saya iaitu Hiking. Sebenarnya ia bermula setelah Kelab Guru sekolah saya menganjurkan hiking ke Bukit Botak, Puncak Alam.
Sebenarnya sebelum ini saya pernah Hiking di beberapa bukit tetapi belum jatuh cinta dengan hobi ini. Namun setelah disajikan permandangan yang indah di trek Bukit Botak,terus cinta itu berputik. Sehinggakan saya naik Bukit Botak seorang diri selang sehari selepas trip dengan kelab guru.
Bukit Botak mungkin tidak.mencabar bagi yang mahir dan selalu hiking tetapi agak mengah bagi yang baru berjinak dengan hobi ini.
Dipermulaan treknya kita dihidang dengan laluan mendaki hampir 90 darjah melalui jalan ladang sawit. Setelah berjaya melalui trek mendaki tersebut, kita akan sampai di bawah pencawang TNB, boleh dianggap sebagai check point 1. Bolehlah kita bergambar dengan bertemakan bunga lalang sambil menarik nafas dan membasahkan tengkak.
Seterusnya masih lagi laluan mendaki tetapi tidak berapa curam sehinggalah kita sampai ke laluan bertali. Ada kanak-kanak sekolah rendah yang sangat sukakan cabaran tali ini, beberapa kali mereka turun dan naik menggunakan tali tersebut. Setelah berjaya mengharungi cabaran tali ini,kita sebenarnya telah sampai di check point2, banyak view yang cantik di area tersebut. Ada bendera,susunan batu,lereng bukit. Sekali lagi boleh kita berehat sejenak.
Pendakian diteruskan sehingga kita sampai di pertengahan trek, check point 3,puncak Bukit Cerakah dengan ketinggian 214 m. Boleh abadikan kenangan bersama signboard sebagai bukti telah berjaya menawannya.
Namun pendakian belum lagi selesai, belum sampai ke Bukit Botak. Pendakian diteruskan sehinggalah ke hujung trek dan pemandangan di sini membuatkan kita seperti berada di planet lain. Cahaya matahari memainkan peranan untuk mendapatkan shot yang cantik di check4 dan terakhir ini.
Perjalan balik melalui trek yang sama kita naik tadi,bolehlah bergambar sekali lagi jika tidak berpuas hati.
Apa yang penting semasa hiking,kita perlulah jaga kebersihan dan adab kita kerana Alam yamg cantik ini tidak layak dikotori. Disamping itu alam ini juga ada makhluk Allah yang lain.
No comments:
Post a Comment