Tasik Alam Suria
Tasik Alam Suria
merupakan salah satu kawasan tadahan hujan bagi kawasan Puncak Alam. Tasik ini
terbahagi 2, iaitu dikawasan 5A1 dan 5A2..
Tasik ini menjadi
tumpuan penduduk Puncak Alam untuk beriadah, menjual nasi dan juga memancing. Ada
nasi lemak dan kerabu yang sedap di kawasan ini, Nasi Kerabu D’Tasik.
Setiap hari pasti
ada kaki pancing yang memancing di kawasan ini, hujung minggu lagi meriah
suasananya, ada yang berkelah dengan keluarga sambil memancing di tepi tasik
ini.
Spesis Ikan
Ada ikan ke di
tasik ini?Itulah yang sering ditanya oleh orang yang lalu-lalang di kawasan
ini. Ikan apa yang ada? Sapa mereka setiap kali melihat kaki pancing memancing.
Sebenarnya tasik
ini dihuni oleh pelbagai spesis ikan, yang dikuasai oleh spesis tilapia, hitam,
merah dan belang. Disamping itu ada juga ikan ketutu, haruan dan keli, yang
kadang-kadang berjaya di daratkan oleh kaki pancing. Spesis yang agak jarang
didaratkan ialah lampam dan peacock bass. Spesis rare di sini ialah pacu dan
patin. Manakala ikan yang dianggap trofi di sini ialah ikan Likoh. Dikhabarkan
toman pun ada menghuni tasik ini, walaupun saya belum pernah melihat toman
didaratkan di sini, tetapi tidak mustahil kerana toman memang ada di tasik
belakang Taman Alam Suria, port rumah tenggelam.Mungkin ada kaki pancing yang
membawanya ke tasik ini.
Walaubagai
manapun terdapat juga pihak yang menjala dan menjaring di kawasan ini. Memang
rezeki masing-masing, tetapi jangan rakus. Jaring direntang sepanjang tasik dan
dibiarkan begitu sahaja, boleh pupus nanti ikan. Ada juga yang menggunakan
teknik mengaren ikan, jangan kerana untuk seronok sekarang, kita merana di
kemudian hari.
Namun begitu ada
juga pihak yang harus dipuji kerana melepaskan benih-benih ikan seperti keli,
lampam dan peacock bass di tasi ini. Memang ada pro dan kontranya, tetapi
sekurang-kurangnya usaha ini dapat merancakan dunia pancingan di kawasan Tasik
Alam Suria.
Diharap tasik ini
akan terus bertahan menahan segala arus pemodenan dan kekal sebagai kawasan
riadah untuk penduduk sekitarnya. Majulah dunia pancing untuk semua...
Ikan ketutu dulu besar-besar...
Ikan selat pun makin jarang dah sekarang...
Ikan keli pun ada.
Double strike tilapia..
Rupa Tasik Alam Suria sebelum dikorek dan dibesarkan.
Kura-kura pun jarang dah didaratkan sekarang.
Pacu?Tak tau macam mana boleh ada di tasik ni dulu.
Senyum lebar bro, trofi sudah naik...
Antara spesimen PB tasik ini, rasanya saiz PB makin membesar...
No comments:
Post a Comment