1. Sutun (Sotong) Kanicen
Umpan top ranking yang
menjadi kegemaran saya. Ratusan peacock berjaya
didaratkan dengan menggunakan sutun. Rekod ultralight peribadi terbesar 53cm
dengan 1lb main line masih menjadi igauan. Siapa sangka umpan tiruan sotong
boleh memikat sang peacock. Renangan ekor yang kembang kecut menjadi pujaan
peacock. Pantang nampak mesti sambar. Size PB yang biasa di pancing dengan
sutun adalah yang mega
2. Berkely Split Tail
Umpan
kedua dalam ranking yang akan saya gunakan apabila bermain dikawasan yang
bersamai. Pantang nampak ia akan disambar peacock lebih-lebih lagi apabila
cuaca mula panas kerana pantulan cahaya membuatkan split tail ini lebih
bercahaya. Peacock Bass cukup suka split tail berkley ini kerana warnanya
transparent seakan-akan anak ikan kebiruan. Renangan umpama ikan sakit (harus
digayakan) akan membuatkan peacock lagi geram dan menyerang sepantas kilat.
3. ChugBug
Gewang hard bait top water
yang dahulunya tidak digemari kerana bentuknya yang agak kelakar namun untuk
peacock ia adalah makanan utamanya. Bunyi “chug” percikan air
dari gewang membuatkan ikan peacock menyambar dengan satu letupan yang amat
mengerunkan. Sehingga kini masih ingat
lagi satu ketika dulu cara peacock makan top water.
4. Flutterstick
Antara
gewang sinking favorite kami yang amat sesuai bermain dikawasan atas samai dan
poket air atau kawasan yang airnya tidak begitu dalam. Kami diberi peluang
untuk mencubanya sebelum berada di pasaran dan ternyata result nya amat
membanggakan yang kini menjadi salah satu gewang yang harus ada di dalam box
jika memburu Peacock Bass. Warna putih dan red head adalah warna favorite kami.
Kayuhan laju dan pause membuatkan peacock geram sangat dengan flutterstick.
Kebiasaan peacock akan menyedut flutterstick tanpa disedari.
5. Jigs
Ramai tidak mengetahui
bahawa jigs adalah salah satu killer untuk PB. Sama ada land based atau boating
ia mampu memberi result. Keberatan dan mampu membuat lontaran jauh membolehkan
kita mencapai kawasan-kawasan yang agak jauh dan terpencil seperti poket air
dimana kebanyakkan monsters bersembunyi. Lagi satu teknik yang kami suka ialah
jigging PB di lubang-lubang poket air. Amat teruja apabila PB membuat hentakan
mengejut.
6. Ofmer Cat Walk
Kecil tapi amat
killer. Peacock Bass amat suka dengan Ofmer Catwalk. Pada sesiapa yang cukup
suka dengan top water pastikan Catwalk antara gewang yang anda ada sebagai
koleksi. Sizenya yang kecil menjadikan ianya diet yang amat digemari oleh si
Peacock.
No comments:
Post a Comment