Bottom lawan Casting
Memancing adalah satu hobi yang berfaedah, walaupun ada yang
mengatakan ianya membuang masa. Pelbagai teknik pancingan digunakan untuk
menjerat penghuni dasar. Antara
teknik yang biasa digunakan ialah teknik dasar (bottom) dan mengilat (casting).
Ada kelebihan dan kekurangan antara kedua-dua teknik ini.
Bottom
Kebanyakkan
pemancing bermula dengan teknik ini, pancingan dasar. Bermula dengan cara
tradisional menggunakan batang buluh hinggalah menggunakan reel spinning. Dari
berumpankan cacing hinggalah kepada gumpalan dedak.
Kelebihan Bottom
i)
senang
untuk dipelajari
ii)
banyak
ikan boleh didaratkan
iii)
umpan
senang diperolehi seperti cacing, anak ikan, anak udang
Kekurangan Bottom
i)
sukar
untuk persiapan (umpan, pancang)
ii)
bosan
menunggu umpan jika ikan kurang frenzy
Casting
Bermula dengan
teknik bottom, kebanyakkan pemancing yang inginkan cabaran baru, akan cuba
berjinak dengan teknik baling tarik ini. Dengan umpan tiruan hinggalah ke umpan
hidup pasti dicuba untuk memujuk ikan target mereka.
Kelebihan Casting
i)
senang
untuk persiapan (box umpan senang dibawa ke sana sini)
ii)
elemen
kejutan berbanding teknik bottom
iii)
boleh
buat senaman tangan setiap kali baling tarik
Kekurangan Casting
i)
lebih
sukar untuk dipelajari (birdnet, bihun sering berlaku)
ii)
umpan
tiruan lebih mahal
Walau apapun
teknik pancingan kita, kita tetap sama iaitu untuk mendaratkan si penghuni
dasar. Apa yang penting saling hormat-menghormati antara lain.
Antara teknik
pancing yang popular ialah :
1) Bottom/ Bawah
Teknik yang biasa kita gunakan untuk memancing di dasar laut..batu ladung sampai ke dasar laut. (cth Ikan - merah, jenahak)
2) Casting
Teknik balingan umpan dan karau(tarik) perlahan2 atau laju.. biasanya gunakan umpan ikan tiruan lain seperti rapala untuk dalam air..umpan tiruan ini akan berikan aksi seperti ikan hidup bila di karau(tarik) selepas kita cast(baling). (cth ikan - GT, talang)
3) Popping
sama sepeti casting cuma popper untuk umpan permukaan laut atau air, bila ditarik atas permukaan akan menghasilkan percikan air. (cth ikan - GT)
4) Throlling(teknik tundaan)
Teknik ini menggunakan umpan yang ditunda dengan bot yang bergerak perlahan. umpan boleh digunakan umpan tiruan atau ikan mati yang keras seperti tongkol. (cth ikan -tenggiri, barracuda)
5) Drifting
Teknik nih menggunakan umpan hidup yang dilepaskan secara bebas . Kalau guna umpan mati / air takda arus mengunakan belon disangkut pada perambut untuk biar umpan itu merayau2 di laut. (cth ikan- tenggiri, layaran)
6) Jig
Mengunakan umpan besi dengan kaedah lepaskan umpan tiruan hingga ke bottom kemudian di jig (tarik megejut dan karau dengan laju) ke atas. (cth ikan - tuna, GT, amberjack)

(sumber:
http://www.pancing.net/threads/apakah-itu-teknik-bottom-casting-jigging-dan-lain-lain.13971/)
Sambil membottom sempat lagi lena, jika casting memang tak dapat lah nak lena.
BC lebih sinonim dengan teknik casting,walaupun spinning pun boleh untuk casting.
Antara umpan tiruan yang boleh digunakan.
Haruan yang tewas dengan BC kayuh kanan,sp zman..
Bottom,anakku pun dah pandai karau,cuma lum pandai baling jer...
Spinning boleh juga untuk casting,penat2 casting sekali strike 'ikan kayu'...Kira Tak kumpau kan?hehe

No comments:
Post a Comment