Outing dengan Geng
Taman.
Pada 16 September yang lalu, aku berkesempatan berkomplot
dengan Geng Tamanku,cuti saempena Hari Malaysia , kami penuhi dengan
merancang komplot di Kolam RM3, Jalan Air Tawar, Jugra.
Geng Tamanku ini selalu juga berkomplot, mereka selalu pergi
mencadat sotong. Kali ini mereka cuba terjah kolam pula. Memang
rezekiku kali ini dapat menyertai mereka.
Bertolak jam 9.00 pagi dari Puncak Alam dan kami tiba di
kolam tersebut kira-kira pukul 11.00 pagi. Terus kami ke kaunter pendaftaran untuk
urusan daftar, membeli umpan udang dan ikan kembong serta perambut. Pendek kata
jika kita nak walk-in pun ok kat kolam ni, umpan, perambut semua ada, malahan
joran pun boleh disewa, hanya perlu berurusan dengan staf kolam sahaja.
Setelah semuanya selesai kami terus bergegas ke kolam ikan
bawal terlebih dahulu. Dengan berumpankan udang hidup, kami cuba untuk menjerat si bawal. Aku
lebih suka teknik casting dengan sp zman. Hanya Abang Alias sahaja yang terus
ke kolam kerapu. Setelah hampir setengah jam, umpan dilabuh tanpa diusik
penghuni kolam, kami mula gelisah.
Di kolam Jenahak, kelihatan seorang budak sangat meriah
mendaratkan Si ‘Bantal Emas” berhampiran
batang PVC, aku cuba
mengilat sp zman di kawasan tersebut tetapi hampa. Akhirnya aku bertukar ke
umpan udang hidup, hanya beberapa kali baling dan tarik, si jenahak dengan
rakus membaham umpanku. Tetepi saying, rabut kerana mata kail yang aku gunakan
kecil tidak sesuai dengan jenahak.
Seterusnya aku cuba pula dengan mata kail yang
lebih besar, dan juga rabut kerana perambut yang aku gunakan kecil pula. Nasib
baik rabut,jika tidak koyak poketku membayarnya, Jenahak RM 35 per kg…hehehe..
Aku mencadangkan kepada Cikgu Shahid, Cikgu Kamal dan Abg
Mie supaya mencuba nasib di kolam Jenahak, kerana si bawal sombong pada kali
ini. Ketika itu, Abg Alias telahpun berjaya mendarat Si Kerapu.
Setelah mereka berpindah ke kolam Jenahak, akhirnya mereka
berjaya mendaratkan ikan Jenahak masing-masing. Tinggal aku sahaja yang belum
berjaya mendartakan ikan walaupun telah 2 kali strike.
Dalam keadaan hujan renyai-renyai, aku tetap tabah mengilat
si jenahak di kawasan tadi. Tiba-tiba aku rasa tali pancingku seperti
tersangkut di dasar. Anak Abang
Alias menyuruhku mengendurkan tali dan cuba karau kembali dengan harapan tali
pancing itu terlepas. Tanpa kami sangka, rupanya ada Si Jenahak yang terstrike
di pancingku.”Tak feel lah bang, tarik ikan cam tu”perli anak Abang Alias...
Selepas berjaya
mendaratkan si jenahak, aku kembali mencuba mengilat dengan sp, semua kolam aku
try, kerapu, jenahak,bawal,kaci, siakap malah tilapia pun aku cuba tetapi
hampa.
Akhirnya kami
berhenti memancing setelah hujan turun dengan lebatnya, kira-kira pukul 2.30
petang. Di kaunter pendaftaran, khidmat menyiang ikan disediakan, setelah ikan
ditimbang dan dibayar,kami serempak dengan seorang kaki pancing yang baru balik
dari laut kerana dipukul ribut. Dia memberitahu hanya sempat mendaratkan seekor
jenahak sahaja dan telah bercadang untuk meneruskan pancingan di kolam ini.
Kemudahan yang disediakan.
- Surau
- Tandas
- Pondok
- Umpan
- Perambut
- Burger dan makanan ringan
(penghantaran disediakan)
- Khidmat menyiang ikan
- Joran untuk disewa
Harga Ikan per kg
- Jenahak RM 35
- Kerapu RM 45
- Bawal Emas RM 30
- Siakap RM 17
- Kaci RM 28
- Tilapia RM13 (tak pasti per kg)
Kolam RM3 Jugra
ini dijamin strike, Cuma perlu sediakan duit yang secukupnya sahaja... ibarata
ukurlah baju di badan sendiri...hehe.. Sediakan juga kelengkapan yang perlu
seperti playar, sarung tangan, karung ataupun gari ikan jika tak mahu berputih mata
ataupun ditimpa kecederaan.
Jom komplot,
kumpau itu pasti, strike itu bonus...pancing mesti terus, pantang berundur
kecuali bini call..
Gambar sebagai kenangan...
No comments:
Post a Comment