Hobi sebagai kerjaya
Alangkah beruntungnya jika hobi kita menjadi kerjaya. Tentu
komitmen 200% diberikan kepada kerjaya tersebut. Cuba bayangkan hobi memancing
adalah kerjaya kita untuk mencari rezeki. Tentu kita adalah pekerja cemerlang.
Sebenarnya diluar sana
telah ramai individu yang menjadikan hobi memancing sebagai kerjaya mereka
tidak kira dalam atau luar negara. Sebagai contoh Nasir Kebaboom, pengacara
Jelajah Joran dan Jakub vagner, pengacara Fish Warriors dan ramai lagi.
Fokus kita ialah kerjaya dalam dunia memancing. Kerjaya
secara umumnya terbahagi kepada 2 iaitu, bekerja sendiri dan makan gaji.
Kerjaya memancing juga akan cuba
dikupas kepada 2 bahagian tersebut.
Bekerja sendiri
Jika kita berminat bekerja sendiri, kita boleh menjadi
pemancing pro, mengusahakan kolam pancing, membuka kedai peralatan dan umpan
memancing disamping menjual produk secara atas talian.
Pemancing pro selalunya akan menyertai pertandingan
memancing sama ada air tawar atau air masin. Hadiah yang ditawarkan sangat
lumayan tetapi ilmu mesti penuh didada, ibarat kata pepatah, jika kail panjang
sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Sekarang pertandingan memancing boleh
dikatakan sebagai industri kerana melibatkan banyak pihak, kerajaan, swasta
mahupun orang perseorangan. Banyak industri hiliran yang tumbuh seiring dengan
pertandingan ini. Syarikat-syarikat berlumba-lumba untuk menaja pertandingan
ini. Jika tidak mampu menyertai pertandingan yang besar, boleh mencuba yang
kecil-kecil dahulu. Ataupun pemancing pro boleh menduga kolam-kolam yang
menjanjikan jackport yang boleh dijadikan pendapatan lumayan. Jackport halal
atau haram, bukan kepakaran penulis untuk kupaskan.
Pemancing yang berminat dengan perniagaan boleh mengusahakan
kolam berbayar.Sambil menyelam minum air. Tika menerima kunjungan kaki pancing,
pengusaha boleh melepaskan gian sekali sekala. Pemancing juga boleh membuka
kedai peralatan dan umpan memancing disamping menjual produk secara atas talian.
Boleh bermula dengan kecil-kecil, memang banyak dugaan dan cabaran dalam dunia
perniagaan. Semuanya terpulang kepada individu itu sendiri. Di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan.
Makan Gaji
Untuk memilih kerjaya yang makan gaji, pemancing boleh cuba
untuk menjadi Editor atau penulis majalah seperti majalah Pancing, Umpan, Sirip
dan sebagainya. Jadikan Faiz Karim, Editor Pancing atau Hasrizal, Editor Umpan
sebagai idola. Tentu seronok jika dapat tugasan untuk trip memancing. Sambil
layan hobi, sambil bekerja. Ataupun boleh juga menjadi penulis sambilan, tentu
masyuk tiap kali artikel kita diterbitkan dalam majalah tersebut.
Disamping itu kaki pancing juga boleh memohon untuk menjadi
penguji produk alatan memancing seperti kekili, rod, gewang ataupun dedak.
Rasanya bidang ini belum diteroka sepenuhnya oleh kaki pancing.
Malahan kaki pancing juga boleh mencuba sebagai pemandu
pelancong/tekong bot untuk membawa kaki pancing ke lubuk-lubuk. Kita pun boleh
tumpang sekaki dengan mereka. Selain itu boleh juga mengusahakan chalet yang
menawarkan pakej memancing. Boleh dibina di tepi pantai mahupan di tepi sungai.
Ternyata memang luas kerjaya dalam dunia memancing. Bidang
ini dijangka akan terus berkembang dengan pesat. Jangan malu jika anda
mempunyai hobi memancing, gali dan terokalah dimana kelebihan anda. Siapa
sangka anda mungkin sebaris dengan ikon-ikon dunia memancing seperti Nasir
Kebaboom, Lan Lubuk A1 ataupun Jakub vagner mahupun Zeb Hogan
Bila bersara
Bagi penulis pun memasang impian setelah bersara sebagai
pendidik nanti, ingin memiliki kedai alatan mancing, kolam pancing. Jika ada
rezeki, memang ada angan-angan untuk menjadi selebriti seperti idolaku, Nasir
Kebaboom. Tak salahkan jika berangan kerana setiap cita-cita bermula dari
angan-angan.
itu jeremy wade
ReplyDeleteTq
DeleteBetul tu dari hobi menjadi punca rezeki nak banding dgn Johnny wade jauhla,tapi kita buat kecikx jer kat langkawi
ReplyDeleteJom sertai kami di kilimadventure.com boleh menyusuri sungai dengan flora bakau mengelilingi pulau²kecil sekitar
ReplyDeleteTerbaik cadangan macam org selalu cakap dari hobi jadi pendapatan, jadi pada sahabatx yg berminat nak tour mangrove kat langkawi boleh servey kat sini yer https://kilimadventure.com/#
ReplyDeleteTerima kasih
InsyaAllah tuan, jika ada rezeki boleh kita jumpa, try lubuk di langkawi
Delete