Balik dari sekolah, aku terus ke tasik tersebut bersama 2 batang joran. Aku kena hati2 memancing di sini kerana terdapat banyak bahan buangan dari projek pembinaan, kayu yang ada paku bersepah. Silap2 hari, boleh tercucuk kaki.
Setelah umpan disangkut, joran dilabuhkan. Aku menunggu hampir setengah jam, tiba2 joran xpuyuku ditarik rakus. Aku mengawal larian mangsa dari memasuki kawasan reba. Setelah berjaya didaratkan, aku puas hati kerana seekor haruan yang kasar berjaya ditewaskan.
Inilah umpan yang digunakan kali ini
Haruan yang tewas dihujung joranku.
Inilah portnya.
Ni hasil tamo ko di port tu
ReplyDeletebtul hasil pertama,jarang g port tu, tp slalu jer tgk ada org mancing kat ctu
ReplyDelete