Monday, 14 January 2013

Ikan Ubi

Pulang dari sekolah, aku terlihat ada orang memancing di tasik depan rumahku, ini membuatkan aku teruja untuk memancing juga.  Setelah sembahyang asar, aku membawa set pancingku menuju ke tasik tersebut. Berumpankan cacing yang dibeli dari kedai ikan hiasan, aku menunggu sambaran dari penghuni tasik tersebut. Hampir setengah jam aku menunggu, akhirnya aku terdengar kocakkan air yang kuat dan diikuti dengan lenturan hujung joranku. Aku bergegas mendapatkan joran untuk menghalang ikan tersebut dari memasuki kawasan rumput Mensiang. Hampir 2 minit aku bertarung dengan ikan tersebut, akhinya debaran jantungku reda setelah aku berjaya mendaratkan ikan tersebut, si ikan ubi.

Inilah ikan ubi yang sudi melayanku. Akhirnya dilepaskan kembali kerana menurut isteriku, ikan ubi tawar isinya.



Inilah tempat aku melepaskan gian memancing, tasik di depan rumahku.

7 comments:

  1. Mcm cantik jer, macam bleh pancing jer. Kat ner nie....???

    ReplyDelete
  2. Alam suria, Puncak Alam..sekarang ni tasik telah di dalamkan,dah tak macam gambar kat atas dah....

    ReplyDelete
  3. Bang sy ddk saujana.. nnt boleh join ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jer...kat saujana pun ada tasik kat trafik light kat perumahan baru tu..pernah try ctu?

      Delete