Thursday 30 January 2014

Terjah Kolam Laguna, Kelana Jaya

Aku dan Shahrul telah berkesempatan berkomplot di Kolam Laguna, Kelana Jaya. Kolam ini di belakang Shell yang berhadapanh dengan Gaint dan bersebelahan dengan Pradigm Mall.

Kolam ini diterjah selepas balik sekolah. Dengan bayaran RM10, boleh mancing sampai lebam...tapi ikan tak boleh bawa balik.

Berumpankan dedak dan cacing, kami cuba menjerat penghuni dasar kolam ini. Dikhabarkan dikolam ini ada patin dan pacu bersaiz bagak.

Jom lah layan mata, cerita banyak pun tak guna...hehehe...

 Otai Laguna duk bancuh dedak.

 Antara otai kat sini, yang pakai topi tu...

 Ikan keli yang makan umpan joran Shahrul.


 Anak peacockbass pun ada...

 Peacockbass lagi..




 Suasana kolam, tenang dan aman...

 Shahrul mengawal larian ikan keli tadi.

 Red Monk pun ada...
 Macam mana ler ikan guppy nie boleh tersangkut kat mata kail???

 Pintu Gerbang yang mengalu-alukan kedatangan kaki pancing.

Nie ler Paradigm Mall.

Kolam Laguna ini memang berbaloi untuk kaki pancing mencuba resepi bancuhan dedak. Menjadi atau tidak?Kaki pancing juga boleh mengaplikasikan teknik pancingan yang diketahui. Memang patut, kaki pancing terjah kolam ini. Terutama yang baru berjinak dengan hobi hanyir ini..

Mijie, Edy dan Udang Kara

Dua orang sahabat ini selalu berkomplot di Lake Garden, Seremban. Target utama mereka adalah udang kara air tawar. Selalunya mereka memancing di waktu malam sehingga subuh. Rezeki mereka selalu murah. Syukur ke hadrat Ilahi. Udang kara yang di bawa balik menjadi juadah keluarga mereka.

Mereka mengaplikasikan teknik pancingan jaring untuk memerangkap udang tersebut. Lake Garden, Seremban memang port terbaik udang kara...

 Hasil Otai Mijie.

 Nie  Edy yang punya.

 Perangkap ketam pun diorang try.


 Hasilnya ada udang yang terperangkap.


 Selain udang, ikan tilapia pun ada.

 Makin banyak hasilnya...

 Mat Motor melatih udang merempit...


 Harga seekor udang di kedai akuarium.

Udang kara yang dijual di kedai akuarium, sama tak engan udang kara Lake Garden?

Saturday 18 January 2014

Koleksi Abg Fazil

Abang Fazil juga merupakan salah seorang otai Geng Pemburu Ikan. Spesis kegemarannya adalah rohu. Kolam yang selalu dikungjunginya adalah Kolam Kambing, Putra Height, Bukit Lancong, Seksyen 27 Shah Alam.

Inilah koleksinya yang dikongsi bersama saya...

 Produk A1 yang menjadi kegemarannya.

 Hasilnya adalah si rohu.

 Hasil dan perisa umpannya.

 Hasil di malam hari di kolam Lenggong.

 Rohu kampunya, Lenggong.

Palet 929 yang digunakannya.

Perambut untuk memikat si rohu...

Koleksi Adi

Seorang lagi warga pendidik dalam Geng Pemburu Ikan, Cikgu Adi. Beliau mahir membuat bancuhan dedak untuk menjerat ikan kolam. Resepinya adalah tempe, santan dan roti banyak kali berjaya mendaratkan pacu, patin, tongsan dan rohu.

Kolam D'Felda di Felda Bukit Cerakah adalah lokasi tetapnya menguji keberkesanan umpan yang dibancuhnya.

Jomlah layan mata...cerita banyak pulak...

 Bersama gengnya mendaratkan si putih tongsan.

 Adi bersama pacu D'Felda.

 Adi bersama Patin D'Felda.

 Kawan Adi bersama pacu.

 Kawan Adi bersama Patin pula..

 Patin yang didaratkan masa hujan di kolam D'Felda.

 Rohu dan Pacu D'Felda yang menjadi mangsanya.

Mekong, Kolam Seksyen 24 Shah Alam juga tewas ditangannya.


Koleksi Zul

Zul merupakan seorang pendidik juga yang menjerumuskan diri dalam hobi hanyir ini sejak kecil lagi. Dibesarkan di Besut, Terengganu.

Lokasi kegemarannya adalah di Sungai Selangor sekitar Bestari Jaya, dulu dikenali Batang Berjuntai. Selalu berjaya mendaratkan ikan patin dengan umpan kelapa sawit. Kadang-kadang menyepit biru dengan umpan perumpun.

Inilah koleksinya yang dikongsi bersama saya...

 Tengas pergunungan yang didaratkan oleh Zul.

 Patin Bagak dijinakkan dengan umpan kelapa sawit.

 Kadang - kadang ke laut, sekitar Pulau Perhentian.

 Tropi kebanggaannya..

 Sepit biru Sg Selangor.

Sejak kecil lagi minat memancing ini mengalir dalam dirinya

Jambatan Kuala Selangor

Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Sempena cuti maulidur, aku, Syawal dan Zul telah merancang untuk cuba mendaratkan si sepit biru, udang galah.

Hujan yang turun tidak dapat mematahkan semangat kami bertiga untuk menerjah port si jenggo.Syawal dari Shah Alam, sampai di rumahku kira - kira jam 10 malam, hujan masih rintik - rintik. Kami berdua terus ke rumah Zul di Fasa 3, Puncak Alam.

Kami bergerak ke port pertama, Jeti Kg Sepakat, disebabkan malam dan suasana gelap, Zul gagal mencari simpang yang patut kami masuk untuk ke Jeti Kg Sepakat. Kami terus ke Jeti Pasir Penambang.

Kami sampai di Jeti Pasir Penambang kira -kira pukul 11.30 mlm, kami kecewa kerana air surut. Kami bertanya kepada seorang pemuda India yang kebetulan ada di jeti tersebut. "Air pasang pukul berapa?,sapa Zul. Pemuda India tersebut melihat jam sejenak, "Agak -agak air pasang pukul 12 lebih".

Mendengar jawapannya, hati kami kembali berbunga.Kami terus menyiapkan joran masing-masing. Harapan kami adalah untuk mendaratkan si sepit biru.

Akhirnya kami labuhkan joran masing - masing. Arus air sangat deras. Banyak sampah yang hanyut. Beberapa kali joran kami melentur, setelah dikarau, sampah yang terlekat di hujung joran. Tiba - tiba joranku pula melentur, dalam hatiku, mesti sampah lagi. Setelah dikarau, mangsa menyerah diri tanpa melawan, anak ikan lundu berjaya aku daratkan. Anak ikan lundu ini aku lepaskan kembali.

Kami terus memancing sehingga pukul 3 pagi, tanpa sebarang hasil. Kecewa kami. Akhirnya Zul mencadangkan supaya kami berpindah dan mencuba nasib di atas Jambatan Kuala Selangor. Tadi ketika dalam perjalanan kami ke Jeti Pasir Penambang, kami melihat ada beberapa kami pancing memancing di atas jambatan tersebut.

Setelah kereta diparkir di hadapan Pejabat TNB, kami menapak ke jambatan tersebut. Tidak sampai 5 minit, joran Syawal disentap rakus. Kami masing -masing berharap supaya si sepit biru terjerat, setelah didaratkan ternyata bukan sepit biru, ikan duri spesis belukang. Belukang pun jadilah, janji tak kumpau.

Selepas itu kami silih berganti mendaratkan si belukang. Ada juga yang sudi melayan kami di pagi hari. Kami memancing sampai pukul 4 pagi. Dalam masa sejam kami berjaya mendaratkan 11 ekor belukang dan seekor anak senangin.

Inilah komplot pertama aku dan Syawal bersama Zul. Ternyata Zul boleh dianggap otai kerana tahu di mana port yang boleh memancing di sekitar Kuala Selangor ini. Kami pasti akan berkomplot lagi dengan target utama adalah si sepit biru. SEPIT BIRU, kami datang...

 Port pertama, Jeti Pasir Penambang.

 Zul buat unggu api untuk halau nyamuk.

 Lepak kedai mamak, lepas mancing tengok Arsenal lwn Aston Villa.

 Port kedua, atas Jambatan Kuala Selangor.

"Mana hasilnya, Awal?"

 Otai kita, Zul.

 Baik punya setting.

 Inilah spesis yang sudi melayan kami.

 Ngantuk dah wei...

 Inilah barisan senjata kami.

 Kaki pancing di sebelah menghala Tg Karang.

 Ramai gak kaki pancing duk atas pelantar nie...

 Bapak dan anak yang turut sama memancing.

Inilah barisan hasil komplot kami.